" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 27, 2009

xnak umno : Modus-operandinya tetap sama

Modus operandinya tetap sama. Setiap bulan akan direka-cipta satu 'permainan'. 'Permainan' mereka memang boleh melekakan sesetengah orang PAS, boleh men'cair'kan sesetengah orang PAS, boleh melentingkan sesetengah orang PAS dan bila sudah sampai kekemuncaknya akan memporak-perandakan orang PAS. Jika tidak berjaya, akan diulang-tayang lagi 'permainan' tersebut atau memperkenalkan 'permainan' baru.

Dalam posting yang pernah saya keluarkan suatu ketika dahulu, pernah saya paparkan bagaimana seorang tokoh UMNO diBangi menasihati salah seorang Ketua UMNO di Kelantan agar men'create'kan satu bulan-satu isu untuk mengoncangkan PAS Kelantan. Alhamdullillah orang itu telah keluar UMNO selepas DSAI ditendang keluar dan sekarang sedang berdamping dengan Jemaah Dakwah yang bebas dari politik.

UMNO amat faham dengan sesetengah orang PAS yang amat suka dengan 'permainan-permainan' yang 'panas-panas'. Media mereka akan paparkan 'permainan' ini saban hari. Media mereka akan menyemarakkan setiap siang dan malam. Bloggers UMNO atau 'benih-campakan' UMNO yang ber'kopiah'kan PAS akan mencanang pagi dan petang mengikut respond sesetengah orang PAS yang sudah termakan atau terhidu racun suntikan mereka.

Maka sesetengah orang PAS dan PKR akan melenting. Mereka akan menuduh serta menuding jari antara satu sama lain.

Percayalah saudara/saudari, kita telah ditarbiahkan supaya meneliti, menyelidik, menapis dahulu sesuatu berita yang datang dari sumber yang kabur (hearsay). Orang-orang PAS jangan diharap boleh diperdaya oleh UMNO.

Fitnah dan mehnah yang sedang dihadapi sekarang hanya sekitika sahaja, percayalah saudara/saudari ku.

Ingat saudara/saudari DSAI difitnah hanya dengan buku '50 dalil', sehingga hilang semua pangkat dan kedudukan.

PAS dan Pakatan Rakyat ingatlah, "Seorang muslim tak sepatutnya dipatuk ular dua kali di lubang yg sama".

copy al-brangi:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111