Oleh Afrar Yunus
Di dalam mana-mana mahkamahpun jika membabitkan dua pihak, akan ada hujjah-hujjah yang dibentangkan untuk hakim membuat kesimpulan dan seterusnya menghakimi kes dihadapannya itu. Penghujjahan bagi kes DUN Kota Siputeh Kedah oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menarik perhatian banyak pihak.
Permohonan penangguhan telah difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan tersebut yang mana akan diketahui pada hari Isnin ini.
Hujjah SPR di dalam permohonan penangguhan tersebut adalah seperti berikut :
- Jika permohonan penangguhan itu ditolak, satu lagi pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Ia membabitkan wang yang banyak.
- SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh.
- Ini merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan kepada SPR.
- SPR minta agar mahkamah menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu.
- Terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.
- Selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.
Pada hemat saya, rayuan SPR seperti dalam hujjahnya mirip kepada menarik simpati mahkamah, emosional, imaginasi dan tanpa berlandaskan peruntukan undang-undang.
Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah seperti yang digunakan oleh Speaker Kedah adalah jelas maksudnya.
Hujjah SPR sangat remeh dan mengganggu perjalanan mahkamah.
Seolah-olah SPR tidak pernah meneyediakan peruntukan untuk pilihanraya kecil sebelum ini. Malah majoriti pengundi di kawasan itu mahu supaya ADUN yang ada sekarang digantikan.
YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah telah memberitahu, biar kerajaan rugi wang untuk mengadakan pilihanraya kecil dari rugi wang dengan membayar gaji dan elaun ADUN yang tidak membuat kerja termasuk tidak hadir persidangan dewan yang merupakan tugas hakikinya.
SPR seolah-olah mewakili Barisan Nasional mempertahankan kebusukan ADUN berkenaan.
Mereka seolah-olah mahu memaksa kerajaan Kedah dan rakyatnya membayar gaji dan elaun berjumlah kurang lebih RM5,000.00 sebulan, atau RM60,000.00 setahun atau RM300,000.00 bagi sepenggal kepada Abu Hassan Sarif tanpa ADUN itu menjalankan tugasnya.
Memulas tangan rakyat Kedah dengan kasar dan paksaan. Begitu ?
Selama inipun SPR bersekongkol dalam banyak hal bagi mencapai matlamat menghalalkan cara. Pengerusi dan SPR sendiri kelihatan sebagai satu organisasi yang tidak halal dimata rakyat.
No comments:
Post a Comment