" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 30, 2009

ABU dlm PAS : Kelantan nafi tidak terima calon luar

KOTA BHARU, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohd Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan yang hanya mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disiar beberapa akhbar dan juga portal berita di internet.


Bahkan katanya, tiada langsung wartawan yang bertanyakan hal itu padanya.

"Saya tidak pernah buat kenyataan itu dalam surat khabar, tiba-tiba keluar.

"Wartawan pun tidak ada yang tanya, lagi pun saya tidak bertanggungjawab pilih calon," katanya pada sidang media bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Sehubungan itu beliau meminta pihak media yang melapor hal berkenaan membuat pembetulan segera.


"Tu yang saya pelik tu, 'tumbuh tidak bertanam', saya mintak media tolong buat pembetulan," katanya lagi.

(Gambar: Mohamad Daud bersama Nik Aziz dan Nik Amar dalam sidang media semalam)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula ketika mengulas perkara itu berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa perkara itu 'boleh difikir-fikir' adalah mengambil jalan tengah kerana menyangka Datuk Mohd Daud Iraqi benar-benar mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Kenyataan saya buat itu betul-betul hormat kepada ketua Dewan Ulamak negeri, saya sangka kenyataan beliau itu benar, rupanya bohong...dosa orang buat kerja-kerja macam ni," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Kelantan ujarnya tiada masalah langsung membenarkan calon luar bertanding kerusi pilihanraya di negeri itu.

"Kelantan dah memang biasa camtu...calon parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta, saya sendiri isytihar depan orang ramai di Pasir Puteh.

"Pendirian Kelantan memang begitu, suka bantuan dari orang luar, dan suka batu orang luar, tradisi ini IsyaAllah saya akan bawa dalam mesyuarat, bila jawatankuasa pilih calon setuju orang luar, saya akan setuju orang luar," katanya lagi.

Tegasnya, amalan membataskan kenegerian katanya bukan dari ajaran Islam malah adat melayu lama yang bertapak.

"Islam ini tidak ada negeri-negeri ni...ini bukan ajaran Islam, ini ajaran Melayu kuno," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111