Oleh Saiful Bahri
Konon khabar gembira. Najib dan Muhyidin nak buat gempak. Rupa kini langkah menjadi sumbang. Semuanya angkara buku jingga. Umno-BN nak juga tunjuk hero. Kononnya mereka ada idea nak lawan apa yang ditawarkan dalam buku jingga. Tawaran 100 hari buku jingga antaranya diberi kenaikan RM500 kepada semua guru yang berjumlah hampir 500 ribu orang.
Lalu berkokoklah TPM bahawa ada berita gembira sempena hari guru. Tersengihlah para guru menanti dengan penuh debaran. Tawaran apakah itu? Tup! Tup! Maka PM pun mengumumkanlah. Rupanya PM baham tahik ayam atas papan. Ini jerat Muhyidin pe? Ini telah memalukan PM. Mana muka Najib nak letak. Seolah-olah Najib nak tipu 500 ribu guru di Malaysia. Ingat para guru ni bodoh ke? Kalau UMNO dan Najib serta Isa Samad boleh tipu warga Felda, munasabah le… ni Cikgu pun nak tipu pe???
Betapa gelabahnya Umno-BN sekarang. Semuanya ini menjadi bala kepada Umno-BN. Mereka juga tahu bahawa ramai para guru menyokong pembangkang. Dengan harapan para guru besar dan penolong kanan yang terpilih dan tertapis diharapkan sebagai denak untuk menarik kebanyakan guru menyokong Umno-BN dalam pilihanraya terdekat.
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Diharapkan ini semua mampu menyedarkan guru-guru Umno bahawa pimpinan Umno-BN korup idea dan gagal membela nasib para guru yang sekian lama berkorban demi pendidikan Negara. Nampaknya tawaran PR lebih adil berbanding tawaran BN. Jika anda menyokong Umno, maka satu Undi yang anda berikan adalah untuk satu kezaliman Umno-BN dan anda juga turut menyisihkan majoriti kepentingan guru berbanding manfaat sekelompok kecil sahaja. Takkan guru tak boleh berfikir bagaimana Umno-BN nak tipu mereka!
Guru biasa dapat aper yek ?. Dapat tahik....yilek 3x, pandikutty !!!!
ReplyDeletekalau tak dapat naikkan gaji guru pun tak pa, tapi kemudahan-kemudahan sekolah wajib, mesti, perlu, penting, mustahak, di lengkapkan. sekarang ni mana-mana sekolah pun menghadapi masalaah yang sama iaitu kekurangan peruntukan. guru2 terpaksa guna duit sendiri untuk beli kertas latihan, menceriakan bilik kelas, bawa pelajar ke aktiviti luar sekolah dan sebagainya yang sangat2 membebankan guru2. kerajaan umno tak mengutamakan pendidikan. so ubah sekarang selamatkan malaysia.
ReplyDeleteBegitulah jadinya kalau cedok idea orang lain, bodoh nak berlagak padai. hangpa tau tak najib ni belajar pun tak habis, sebab rosmah lebih pandai dari dia.
ReplyDelete