(Merujuk artikel di Malaysiakini: PAS tidak akan ulangi kesilapan di T'ganu)Yakin hanya bersandarkan pada kata kata sendiri hanyalah diibaratkan berkata kata hanya untuk menyedapkan hati. Padahal realiti amatlah berbeza sama sekali. Kekadang pilihanraya boleh juga disamakan seperti bolasepak, bila kalah pihak lawan pula yang disalahkan. Padahal jurulatih sudah tua, pemain tidak dilatih sepenuhnya atau penonton sudah berbelah bahagi sokongannya. Seperti juga bolasepak, penonton yang berada jauh di luar padang lebih jelas nampak kelemahan permainan, sedangkan jurulatih masih lagi syok sendiri. Mustafa ali bolehlah diandaikan jurulatih negeri yang kalah bila melatih pasukan negeri tetapi ingin dilantik pula melatih pasukan negara.
Sebenarnya bila sahaja PAS mengambil alih Terengganu pada 1999, rakyat Terengganu sangat gembira dan merasa bersyukur. Malamnya bagaikan pesta, malah berpusu pusu kenderaan menempuh tol di jambatan sultan Mahmud tanpa membayarnya walaupun ianya belum diumumkan secara rasmi pembatalan tol tersebut. Malangnya, baru setahun setengah, keadaan telah berubah begitu ketara sekali. Angin rakyat mula menampakkan rasa rimas.
Lagak wakil rakyat mula berubah. Kalau dulu sentiasa memakai kain pelikat dan sentiasa minum kopi bersama rakyat, kini alasan sibuk mula bermain dibibir wakil rakyat. Ahli JSR pula mengalahkan MB perangainya. Bila berurusan di pejabat kerajaan, silap sikit suara cepat meninggi. Lihat sahaja macamana perangai Abu Bakar Chik terhadap Aziz Bari ketika seminar baru baru ini, itulah satu contoh yang nyata perangai pemimpin PAS Terengganu. Abu Bakar Chik menggambarkan seminar itu diadakan adalah semata mata untuk mengutuk orang yang memberi komen terhadap kita dan menggambarkan kita langsung tidak boleh menerima komen. Panggil orang datang ke seminar kita untuk kita kutuk mereka.
Di peringkat pentadbiran atasan pula, sudah mula bermain dari mulut ke mulut antara pegawai kerajaan negeri tentang lagak pemimpin atasan melayan mereka. Sebenarnya semua angin rimas yang mula bertiup ini sudah dapat dirasa oleh pemimpin PAS sendiri, tetapi sentiasa dipandang remeh. Isu penjualan ASDI kepada syarikat yang berorintasikan riba adalah salah satu contohnya.
Malah ketika hampir pilihanraya 2004 saya masih ingat dan terbaca tulisan, Datuk Kadir Jasin telahpun meramalkan BN akan kembali memerintah Terengganu, tetapi komentar itu hanya dipandang sinis oleh setengah pemimpin PAS. Seperti mana juga Datuk Kadir Jasin meramalkan PR akan memerintah Pulau Pinang dan Selangor pada 2008, ianya juga dipandang sinis oleh pemimpin BN.
Pada hakikatnya, kemenangan PAS Terengganu hanya bergantung kepada pengundi atas pagar. Jika mereka ini tidak disemai dengan keyakinan dengan lebih mendalam terhadap kemampuan PAS mentadbir, maka bila bila masa ianya boleh berubah. Ternyata peluang untuk PAS membuktikannya telah berlalu. Berapa ramaikah pengundi atas pagar ini berjaya ditarik menjadi ahli PAS? Boleh Mustafa Ali sebutkan berapakah jumlah pertambahan ahli PAS dari tahun 1999 hingga 2008? Berapa banyak cawangan UMNO yang dibubarkan? Berapa banyak cawangan baru PAS ditubuhkan?
Sikap PAS Terengganu yang selalu memandang sambil lewa atas rungutan orang bawahan sebenarnya yang lebih membawa padah. Mereka sering berdiam diri dengan berharap sesuatu itu akan hilang dengan sendirinya. Terbaru, isu UG, pimpinan PAS Terengganu sering menganggap ianya hanya isu remeh temeh. Mereka tidak melihat ianya seperti barah yang bakal melarat dan menjadi penyakit parah kepada PAS Terengganu. Berapa ramaikah pemimpin yang buat kajian terhadap kesannya UG terhadap ahli? Berapa ramaikah pimpinan sedar tentang hilang kepercayaan kaum lain terhadap PAS? Berapa ramaikah pemimpin PAS yang percaya kerana isu inilah PAS Terengganu akan lebih parah?
Saya berani berkata, pada PRU13, PR akan meluaskan pengaruhnya dengan kemenangan di negeri lain seperti Pahang atau negeri Sembilan, tetapi di Terengganu UMNO akan menang lebih besar dari PRU12. Sama samalah kita tunggu
tidak semestinya jurulatih yang kalah dinegeri tidak berjaya diperingkat kebangsaan, kenyataan yang tidak boleh dipakai langsung. jgn perbodohkan orang lain macam orang tak tahu langsung tentang apa yang terjadi di dalam negeri terengganu.kenapa wakil rakyat mengubah angin, adakah ramziredang duk perhatikan kenapa? apakah kerana sudah sedap naik kereta exco minyak tak payah bayar atau ada isu isu yang ramziredang tahu tapi didiamkan sebab sedap sangat nak menarah kepala pemimpin terengganu, bercakap seolah olah ramzi berada dalam barisan utama dalam memimpin terengganu, kenapa isu isu kekurangan dana, kekurangan duit utk memerintah menjadi satu kekangan, apakah ramzi tahu duit nak mentadbir terengganu sudah dirompak oleh Umno, apakah ramzi mengambil kira semua itu, tahu tapi diamkan aje sebab nak sedap tulis cerita, angin rimas itu ditiup oleh pegawai kerajaan yang sudah lama hidup atau mati bersama umno,
ReplyDeletejsr yang dilantik oleh pas itu adalah dari bekas JKKK adalah tuan ramzi tahu yang apa kerja JKKK, kalau tak tahu nanti saya terangkan, ini semua adalah mainan umno tapi ramziredang dengan hebat menulis kepincangan pas diterengganu, cuba tuan ramzi pergi ke kedah, tinjau apa masalah kerajaan kedah skrg, cuba tanya jangan kita sedap nak belasah pemimpin kita tulis tanpa fakta fakta yang jelas.
perjualan asdi kepada sykt riba, tuan ramzi tahu kenapa dijual kenapa kerajaan pas menjualnya, keuntungan asdi sebenarnya dibayar hasil royalti bukan keuntungan saham asdi, bila pas tak mampu membayar pas terpaksa menjualnya, dengan berat hati terpaksa dijual kepada sykt riba. saham asdi pun diragui kebersihannya, tapi pas hanya mampu bertahan membayar royalti asdi setahun sahaja semasa menerima royalti, sandiwara umno dalam membayar asdi dengan duit royalti tidak tahu oleh rakyat mungkin tuan ramzi tahu tapi sbb nak sedap belasah pas, tuan ramzi biarkan fakta itu berlalu.
UG hanyalah mainan ilusi para blogger sahaja, dimainkan oleh puak puak blogger yang hanya tahu mengkritik tapi tak nak memahami, apakah UG hanya sekadar sedap menyebut untuk menakir kepada pemimpin pas, kenapa bila Haji hadi bagi penjelasan apa itu UG, puak puak penentang pas masih berdegil kononnya haji hadi tak bagi penjelasan, apakah itu sikap seorang ahli pas, ketua sudah bagi penerangan, tidak kira dimana dia beri penerangan sebagai penulis blog tuan ramzi sepatutnya lebih peka tapi sebaliknya. hanya untuk menyedapkan tulisan dan dipandang mulia oleh pembaca yang benci dgn pas. kenapa tuan ramzi tidak mencari kebenaran dan menyebarkan kebenaran tentang UG, segelintir sahaja blogger sahaja yang mahu pas jahanam, jgn cakap seperti blogger yang kata mahukan pas lebih baik dari hari semalam. itu ucapan penipu dari blogger yang terus menerus menulis tentang UG termasuk tuan ramzi. Kenapa bila haji hadi kata UG ditutup masih ada lagi suara suara sumbang yang terus menerus melemparkan tuduhan, silap cakap terus dicap UG,
TTG ustaz abu bakar chik dia memang emosional kerana aziz bari telah mengutuk pimpinan seolah olah dia tahu segalanya, padahal semua org tak kenal siapa sebenarnya aziz bari, saya setuju ustaz abu bakar chik emosional dalam hal ini, mungkin kerana kasih sayang kepada pemimpin dia jadi macam tu,
kenyataan yang berani mati yang tuan ramzi kata pr akan berkembang di pahang dan negeri sembilan tu, saya jamin apa kata kata tuan ramzi tidak akan menjadi kenyataan. pr negeri lain akan mengalami nasib seperti pas terengganu, atau semua bungkus, tuan ramzi dah check ke senarai daftar pengundi baru, tengok dulu baru boleh bercakap, bercakap atas kajian abu hassan atau atas persepsi aziz bari tidak akan menjadi kenyataan, cari dulu maklumat dalaman kerana semua blogger ada mempunyai spy yang dibayar dalam semua organisasi, pas paling ramai sekali pengkhianat pada parti, boleh bekalkan maklumat kepada semua blogger jadi saya rasa tuan ramzi boleh dptkan maklumat. saya tiada maklumat dalaman kerana saya hanya penyokong pas.