" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, June 2, 2011

Al-Kisah, Mereka Berkempen Di dalam Perasmian Muktamar

Perasmian Muktamar Pemuda berbau kempen?

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

'Jangan nilai kepetahan pidato saja'

Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

Beliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya. -mk

Ulasan GB

Memang jelas ternyata ia berbau kempen. Dan kita percaya, ini adalah siri perancangan yang teratur lanjutan dari pendedahan mengenai "geng Terengganu" yang telah menziarahi Tuan Ibrahim dan Nasruddin Tantawi sendiri.


Percubaan untuk menaikkan Tuan Ibrahim dan memburukkan Mohd Sabu sebagai calon Timbalan Presiden terlalu jelas dan nyata:

..Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat...
"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata...


Apa ertinya kamu menyatakan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN” sedangkan ciri-ciri mereka masih ada di kalangan kamu!

Paling memalu dan menjijikkan di dalam hidup berjemaah masih ada rupanya yang masih bersikap tahi kucing apa tah lagi di kalangan yang memakai serban pula.

Berlagak seperti ulamak tersohor sedangkan nilai tapak kaki seorang pemuda di kampung yang tidak dapat menyertai muktamar tetapi ikhlas berjuang kerana Allah mungkin jauh lebih mulia dari muka-muka mereka yang pepat di luar rencong di dalam ini.

Astaghfirullah! Kita hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. untuk menghukum & memancung setiap mereka yang terlibat di dalam perancangan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan dan hati-hati yang tidak senonoh itu.

Allah Maha Berkuasa, Maha Tahu dan Maha Melihat!

3 comments:

  1. lau Mat Sabu xmenang, then bye2 PAS....Keadilan dan DAP boleh lawan UMNO tanpa PAS...

    xpaham nape ahli2 PAS masih xnampak ngan tak nak pada perubahan kepimpinan...

    ReplyDelete
  2. kalau tak kerana ada Nik Aziz dalam PAS... aku anggap PAS dengan UMNO sama saja... aku heran betul... ahli bawahan berjuang bermatian menentang UMNO... tapi pemimpin atasan bersikap lunak pula dengan UMNO... ini angkara adanya PUAK PERPADUANG...

    ReplyDelete
  3. Inilah kerja manusia-manusia yang bergelar ulamak.Kalau orang yang berkempen depa marah,bawa keluar ayat-ayat Quran dan Hadith.Kalau depa,muka macam Harun Taib,Harun Din dan Tantawi berkempen cara terbuka,tak apa.Sah ":uylkamak pelawok".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111