" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, February 15, 2010

noUG: Bravo YB Khalid Samad!!

Fuuuyoooo….. dalam PAS pun ada konspirasi. Ingatkan orang UMNO jer yang pandai berkonspirasi. Tak sangka pulak cempedak pun nak jadi nangka. Bahaya…. bahaya….

Cerita konspirasi ini timbul ekoran keputusan JK Disiplin PAS berkaitan hukuman ke atas Khalid Samad dan si Hassan Ali. Sorang pro-Pakatan Pakyat, manakala…. sorang lagi anti-Pakatan Rakyat. YB Khalid Samad yang pro-Pakatan Rakyat bertindak mempertahankan Pakatan Rakyat dengan mempertikai dan mempersoalkan tindak tanduk PJ PAS Selangor si Hassan Ali yang sering men’smear’ dan tarnish reputasi Pakatan Rakyat.

Si Hassan Ali, on the other hand… bertindak macam sour grape kerana hasrat nak jadi MB tak menjadi. So…. dia sering cari pasal dengan rakan-rakannya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terutama dari DAP dan PKR. Ada jer yang tak kena dan kritik pulak tak ikut saluran. Pakai ‘loud speaker’ hingga heboh tersebar ke satu Malaysia dan seantero dunia, cerita dalam kelambu Pakatan Rakyat . Macam bagi peluru pada UMNO/BN untuk hentam kita. Si gunting dalam lipatan, itulah sifat dia…

Alih-alih… tup-tup…. apabila hukuman dijatuhkan, lob sided. JK Disiplin PAS macam guna timbang BN yang udah senget sebelah. Khalid Samad pulak nampak macam jahat sangat. Si gunting dalam lipatan… kena warning jer. Weh… apa sudah jadi?? Para penyokong PAS nampak hukuman ini tak masuk akai dan berat sebelah…. seolah-olah ada konspirasi nak jatuhkan mereka yang pro-Pakatan Rakyat. Itu persepsi akar umbi dan para penyokong PAS.

Sebab itu… ramai yang tak puas hati. Ada yang menyuarakan secara terang-terangan… macam Abdullah Karim dan Hanipa Maidin. Baca sini. Dan…. ramai yang tak puas hati dan menentang keputusan JK Disiplin, dalam blog masing-masing dan ada secara senyap. Blogger Tulang Besi pun telah mengorak langkah, mengambil tindakan bagi melahirkan rasa tidak puas hatinya.

Lantaran itu… ada yang berpendapat, cara yang paling baik untuk settle kemelut ini adalah dengan mengikut saranan Tok Guru Nik Aziz supaya diadakan semula EGM. Biar akar umbi pilih siapa pemimpin yang mereka rasa, boleh mereka sandarkan harapan dan kepercayaan untuk terus menerajui PAS dan menentukan hala tujunya.

Apabila akar umbi hilang kepercayaan dan meragui kredibiliti JK Disiplin parti, mesti ada sebabnya. Keadilan mesti dilihat telah dilaksanakan tetapi malang… keadilan telah dianggap mati. Malu kita… pada para penyokong kita yang bukan-muslim. Parti Islam yang sepatutnya mendokong keadilan tetapi tidak dilihat berlaku adil kepada ahlinya sendiri.

Ini boleh menjejaskan sokongan bukan-Islam kepada PAS kerana PAS dilihat seperti parti yang cakap tak serupa bikin. Banyak kali dah PAS tersilap langkah dan membawa padah kepadanya. Belajarlah dari kesilapan. Kepada para pemimpin atasan PAS…. for once, ketepikanlah ego korang… dan dengarlah suara akar umbi yang ingin melihat PAS menjadi parti yang mampu melakukan sesuatu…. ya, melakukan perubahan demi kesejahteraan ummah. Berpijaklah di bumi nyata…. terimalah realiti politik di Malaysia. Tanpa izin Allah SWT, PAS tak boleh survive secara solo.

Keputusan PRU12 ialah bukti yang PAS perlu berganding tangan dengan parti lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Oleh itu… janganlah persiakan peluang yang sudah ada, dengan menghulurkan tangan kepada musuh kita iaitu UMNO/BN….. dan membuat tindakan yang merugikan parti seperti yang dilakukan oleh JK Disiplin PAS. Bertindak bodoh dan merugikan, hanya untuk memuaskan hati dua tiga kerat pemimpin PAS yang gila ‘talak’.

Khalid Samad mempunyai pendirian yang selari dengan akar umbi apabila dia bertindak mengkritik PJ PAS Selangor yang bertindak membelakangi semangat kesepakatan dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Apakah si Hassan Ali maksum sehingga tidak boleh dikritik…. walau pun kritikan itu demi kepentingan Pakatan Rakyat?? Hebat sangatkah Hassan Ali apabila bertindak menentang arus?? Bukan hebat tetapi bangang!! Liabiliti yang patut kita tolak ketepi.

Malang sekali…. JK Disiplin PAS sudah menjadi, jauhari yang tidak boleh mengenal antara permata dan kaca. Permata dizalimi…. kaca disanjungi. Apakah ini petanda akhirat akan menyusul bagi parti PAS??

Dan…. apa-apa pun, keputusan Khalid Samad untuk tidak mengemukakan rayuan amat tepat sekali. Jawatan is nothing…. tapi mempertahankan prinsip itu yang lebih utama… lebih mulia. Pendirian beliau… aku rasa lebih dihormati oleh akar umbi daripada pendirian dan keputusan yang dibuat oleh JK Disiplin PAS yang nampak begitu pincang sekali.

Bravo YB Khalid Samad!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111