
“Kita semua serupa. You ada hidung, saya ada hidung. You ada telinga, saya ada telinga. Buat apa gaduh-gaduh, kita semua manusia.”
Demikian ungkapan seorang pesara guru berbangsa Cina kepada saya semasa menemuinya di sebuah restoran Cina di Titi Tinggi Perlis sempena program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PAS Kawasan Padang Besar.
Bagi saya, hari ini (12 Feb) antara hari-hari yang indah dalam hidup saya. Bukan senang untuk menemui masyarakat Cina dengan begitu ramai sempena perayaan mereka.
Tambah gembira lagi apabila mereka menerima kunjungan saya dengan rakan-rakan dengan begitu mesra dan ceria, termasuk sekumpulan orang-orang Cina yang sedang berkumpul di hadapan pejabat MCA di situ.
Saya tidak mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada mereka. Saya bercakap bahasa Melayu, ‘Selamat Tahun Baru Cina’ dan mereka membalasnya samada dengan bahasa Melayu, Cina atau Inggeris. Mesra dan ceria.
Saya bersalam, menatap wajah mereka dengan senyum. Mereka senyum kembali. Berlainan agama, budaya dan bahasa seolah-olah tidak jadi halangan langsung. Saya dan mereka disatukan atas nama kemanusiaan.
Saya memperkenalkan diri bahawa saya daripada PAS dan membawa buah tangan daripada PAS.
“PAS!.. ah, bagus-bagus. You kena kerja kuat. Don’t worry… kami support you. Thanku you…”
Ucapan sebegitu membuatkan saya rasa senang dan selesa, bahkan bersemangat juga. Walau pun saya sedikit kecewa kerana buah tangan yang dibawa tidak mencukupi.
“Tak apa… you datang jumpa kami pun, kami sudah suka. PAS bagus…”
Saya tambah bersemangat apabila itu yang diucapkan walau pun tiada lagi buah tangan untuknya.
Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mengucapkan perkataan buruk kepada saya. Apatah lagi menghalau saya. Kalau ada yang tidak suka pun, mereka menerimanya dan diam sahaja.
Turut kelihatan juga yang begitu teruja untuk bersalam. Menghulur tangan lebih awal.
Berbeza dengan situasi yang saya hadapi ketika berkempen di rumah seorang penyokong parti ‘biru’ satu masa lalu. Saya disambut dengan muka masam mencuka dan menolak pemberian apabila diberitahu daripada PAS, sedangkan dia adalah seagama dan sebangsa dengan saya.
Hanya Umno sahaja yang masih tebal dengan semangat Melayunya, pada hal disebalik ketebalan semangat Melayu itu, mereka membenam masa depan orang Melayu ke dalam lumpur perkauman sedikit demi sedikit.

PAS mengambil masa hampir 50 tahun untuk untuk memecah kebuntuan hubungan yang berasaskan bangsa itu. Imej buruk Islam di hadapan orang bukan Melayu adalah bikinan dan warisan Umno.
Umno pertahankan Melayu konon! Adakah apa yang orang Cina dapat pada hari ini mereka rampas daripada orang Melayu? Siapa yang merosakkan bahasa Melayu? Siapa yang menjadikan Melayu terkebelakang dalam ekonomi? Siapa yang ….?
Adakah itu dilakukan oleh orang Cina? Pooraah…Semua itu dilakukan oleh pemimpin Melayu Umno.
Saya tampil di hadapan komuniti Cina di Kaki Bukit dengan imej orang Islam. Saya berketayap putih. Saya bercakap dengan mereka dalam bahasa Melayu. Saya tidak berpura-pura, saya tampil dengan imej saya yang sebenar.
Dan, mereka pula menerimanya dengan senang hati. Saya puas. Rupa-rupanya mereka tidak takut kepada Islam. Mereka lebih takutkan perkauman hanyir yang dibawa dan diwariskan oleh Umno.
Saya tidak kisah kalau ditakdirkan mereka tidak mengundi PAS kerana bagi saya apa yang lebih penting saya dapat bertemu dengan mereka sebagai seorang pendakwah.
Alhamdulillah.
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274



No comments:
Post a Comment