" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, February 19, 2010

noUG: Jaga perangkap UMNO..

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta parti itu tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat wanita yang sedang dimainkan Umno/Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Dzulkefly ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas berkata, Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu itu untuk menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

"Saya melihat ada politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini. Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

"Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, pagi ini.

Sebailknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan, PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira jantina.

"PAS tetap mengatakan bahawa apa jua undang-undang syariah walaupun sedikit dalam sistem perundangan yang ada di Malaysia ini hendaklah dilaksanakan. Sia-sialah kalau ada undang-undang tapi tidak dilaksanakan atau dikesampingkan. Ini menjadikan ia satu bahan lawak.

"Jangan apabila berlaku sedikit penghukuman ini, yang ditonjolkan adalah tiga wanita disebat sedangkan lelaki pun ada yang menerima hukuman itu," katanya.

PAS juga, tegasnya, bukan sahaja serius dalam isu hukuman sebat terhadap wanita seperti yang cuba dimainkan Umno BN, namun apa yang lebih penting, PAS bersama Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa.

"PAS menekankan bahawa yang lebih penting sekarang ini, perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang memperjuangkan Islam adalah menuntut supaya negara negara ini bebas dan serentak membanteras segala perbuatan jenayah yang melanggar perinsip Islam iaitu rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan membolot kekayaan negara dengan mengagihkan kekayaan kepada suku sakat dalam amalan kronisme dan pelbagai keruntuhan akhlak," tegasnya.

Sehubungan itu, ujarnya, PAS tetap dengan pendiriannya untuk membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan yang melanggar syariah dan menentang kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan syariah, dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111