" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, February 12, 2010

noUG: Komen Penjenguk - PAS Perlukan Bagan Pinang?

Seseorang telah menghantar email dan memohon saya menyiarkan tulisannya. Tulisan yang panjang itu saya edit dan tanpa mengubah maksudnya, tulisan itu saya siarkan. Selamat membaca.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Lazimnya dalam sesebuah keluarga, kebanyakan ibu bapa tidak akan mengendahkan nasihat, kritikan mahu pun teguran daripada anak-anak mereka sendiri.

Ibu bapa sering menganggap mereka lebih banyak makan garam daripada anak-anak. Ramai ibu bapa lebih cenderung untuk mempercayai dan mengingati cerita orang luar walau pun cerita yang sama cuba dan pernah disampaikan oleh anak-anak sendiri.

Kebanyakan ibu bapa juga biasanya lupa bahawa mereka juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Teori ombak baru akan menggantikan ombak lama, dan ombak lama akan hilang di pesisir pantai, tidak dihiraukan.

Bagi ibu bapa, anak-anak dianggap tidak berkemampuan dari segi intelek untuk menasihati, mengkritik dan menegur walaupun telah dewasa.

Lebih parah apabila ibu bapa dikongkong oleh pandangan tradisi bahawa anak yang menegur dianggap penderhaka.

PAS juga mengalami masalah yang sama. Kritikan ahli dianggap sebagai biadap dan tidak mengikut tata tertib. Sementara pujian atau kesenyapan musuh tidak dilayan secara waspada malah ada yang menyambutnya dengan tangan terbuka.

Kebelakangan ini, situasi sama melanda PAS apabila ahli-ahli bawahan mula mempersoalkan inisiatif untuk bermuzakarah dengan UMNO dan keputusan JK Disiplin yang membingungkan.

PAS sepatutnya gembira dengan kesudian ahli-ahlinya mengkritik dahulu sebagai tanda awas bahawa kemungkinan ada benda yang tidak betul dan tidak patut dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan.

Seperti anak-anak yang mengkritik ibu bapa, mereka sudah tahu kemungkinan akan dimarahi dan dihukum oleh ibu bapa. Namun mereka tetap melakukannya untuk melindungi ibubapa dan keluarga kerana sedar tanggungjawab sebagai ahli keluarga.

Jarang pula kedengaran anak-anak yang mengkritik akan mengugut ibubapa untuk memutuskan hubungan kekeluargaan jika kritikan mereka tidak didengari. Begitulah juga dengan ahli-ahli PAS yang mengkritik….

Mustahil musuh akan mengkritik PAS sewaktu PAS menjaringkan gol sendiri. Betul tak? Kalau benci, mengapa marah PAS buat benda tak elok? Salahkah ahli sendiri mengkritik parti sendiri apabila tidak melakukan benda yang betul? Perlukah semua ahli PAS akur kepada setiap keputusan PAS Pusat jika ternyata itu merugikan?

Untuk pemimpin PAS yang dikritik, janganlah ambil hati cara ahli mengkritik. Belajarlah untuk mengambil isi kritikan dengan hati terbuka kerana apa yang penting ialah isi dan bukannya cara.

Kelambatan PAS bertindak dalam menjelaskan sesuatu isu apabila dikritik dan disoal turut membingungkan ramai pemerhati politik.

Lebih menyedihkan ialah kesanggupan PAS membiarkan kontroversi sesuatu isu berlarutan sehingga ke takat tenat. Ini merugikan kerana boleh melemahkan semangat juang penyokong-penyokong PAS secara drastik.

PAS harus ingat, tindakan yang cepat dalam menjawab sesuatu isu akan menaikkan kredibiliti PAS sebagai parti yang efisyen. Tindak balas yang perlahan pula membuka peluang kepada musuh untuk menyerang dan mengelirukan penyokong - penyokong PAS sendiri.

Entah bilalah PAS akan sedar? Ataupun, PAS perlukan satu lagi kekalahan ala-Bagan Pinang untuk betul-betul sedar?

Saya ingin menyedarkan PAS bahawa ungkapan rakyat akan tahu jika hakim mahkamah buat silap juga patut diaplikasikan ke atas diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111