Oleh: WFAUZDIN NS
Boleh kah kita bayangkan jika tiada amaran awal-awal lagi oleh pihak berkuasa agar tiada perhimpunan di mahkamah? Namun, meskipun sibuk dengan waktu bertugas masih ada yang beranikan diri hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada DS Anwar. Mereka berhimpun bukan untuk menuntut diadakan perarakan Maulidur Rasul, tetapi mereka hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa kezaliman. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, mereka terus memberikan sokongan dari jauh untuk DS Anwar. Blog-blog pro Umno menyebut bahawa sokongan terhadap DS Anwar berkurangan semata-mata melihat kepada kehadiran orang ramai di mahkamah. Itu adalah perkiraan yang dangkal dan bodoh. Mengapa mereka tidak menilai sendiri kehadiran orang ramai di mana sahaja program DS Anwar?
Terbaru ini pula, kehadiran orang ramai di dalam setiap siri ceramah DS Anwar akan lebih bertambah apabila Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri akan memastikan Pemuda Umno akan hadir pada setiap ceramah DS Anwar. Alhamdulillah, tanpa kita jemput dan bersusah payah, mereka akan hadir dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati Pemuda-Pemuda Umno ini untuk bersama kita setelah mendengar sendiri apa yang DS Anwar akan perkatakan. Selama ini mungkin mereka terlalu banyak memakan muntah yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya dan TV 3 Suku yang menjadikan mereka bertambah bebal. Selepas ini, seperti kata KJsendiri, Pemuda Umno akan berada di bawah pentas ceramah DS Anwar. Tidak kiralah di mana Pemuda Umno ini akan berada samada di celah-celah pokok, atas pokok mahu pun berada di tengah-tengah orang ramai, yang pentingnya mereka boleh mendengar sendiri dari mulut DS Anwar tentang Umno khususnya Najib pemimpin yang mereka puja itu.
Saya percaya, selagi media-media pencacai mereka masih memainkan isu liwat ini untuk memburukkan imej DS Anwar, selagi itulah DS Anwar akan tetap mempertahankan imejnya. Kini, di merata dunia imej negara kita tercemar dan kelam kabut juak-juak Najib untuk ke sana ke mari kununnya bagi memperjelaskan isu liwat ini kepada dunia luar. Mereka sangka pemimpin di luar sana sebodoh mereka untuk di gula-gulakan? Siapa Jamaludin Jarjis yang ingin menegur AS? Bila sebut nama JJ ini, teringat kita kisah wanita yang dicabul, kemudiannya tarik balik laporan. Siapa pencabul itu yer?/wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment