" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 1, 2010

Agenda BN tidak jejaskan Pas

ALOR SETAR- Pas tidak akan terjejas sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan isu rombakan Exco sebagai agenda untuk menjatuhkan pentadbiran negeri mahupun Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya BN mahu merebut kembali pentadbiran negeri, mereka perlulah bertanding pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, apa yang perlu difikirkan oleh BN bukan sahaja bertanding pada pilihan raya malahan yang lebih penting mereka perlu tawan kembali hati rakyat untuk mendapatkan sokongan.

“Kalau BN hendak menjatuhkan pentadbiran negeri bukannya sekarang apabila Menteri Besar mahu membuat rombakan Exco tetapi pada pilihan raya yang akan datang.

“Apa yang dilakukan oleh Menteri Besar untuk merombak Exco itu adalah demi kepentingan rakyat dan ini adalah perkara yang biasa berlaku kerana kita semua tidak sempurna,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang yakin dengan adanya rombakan Exco memudahkan BN merampas Kedah.

Ir Phahrolrazi berkata, agenda yang dilakukan oleh BN dengan menimbulkan beberapa isu tidak akan menjejaskan PR kerana menganggap setiap agenda yang dibangkitkan itu adalah perkara biasa dalam politik.

Menurutnya, kenyataan Pemuda UMNO bahawa Kerajaan Negeri masih belum memberikan pembaharuan dan pembangunan kepada rakyat juga disangkal oleh beliau kerana 60 peratus manifesto yang dibuat oleh Pas telah pun dilaksanakan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyenaraikan setiap perkara yang dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan bersedia menunjukkan kepada BN sekiranya mereka mahu melihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111