" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 1, 2010

Bajingan masuk umno - umpama dubuk kembali ke kumpulannya

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini,"

Demikian deklarasi Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, ketika mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini.(lihat gambar bahah)

Benarkah kemasukan Fairus ke dalam UMNO menggembirakan kalangan Umno? Fairus, 33, yang pernah dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkan projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.Beliau juga melepaskan jawatan ADUN Penanti pada 16 April lepas atas alasan budak sekolah : ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascaijazah.

Fairuz ini sudah memiliki Ijazah Sarjana Strategik dan Pertahanan, Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan (MBA), Ijazah Sarjana Muda Sains Politik - Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.

Berdasarkan bukti SPRM P.Pinang , Fairus sepatutnya boleh didakwa.Namun SPRM Pulau Pinang, yang bertanggungjawab melengkapkan siasatan kes Fairus masih bingung dan terkejut dengan keputusan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur yang telah membebaskan Fairus daripada tuduhan kononnya kes Fairus tidak cukup bukti.

Ketika Fairus meletakkan jawatannya dulu sebagai TKM 1 dan Adun Penanti ; Umno telah begitu gembira dan menyambut baik dengan kenyataan berikut :

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan adalah wajar kerana beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam membantu orang Melayu.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang mewakili orang Malayu, beliau sepatutnya membantu masyarakat Melayu di negeri ini."Memang wajar beliau letak jawatan kerana selama pegang jawatan pun beliau tidak buat apaapa terutama untuk masyarakat Melayu dan pembangunan di kawasannya.Lihat
di sini

Komen : Umpama seekor lagi dubuk yang sesat dan kini kembali semula kepada kumpulannya yang sekufu dengan dirinya.Fairuz juga memberi alasan keluar PKR atas isu penggunaan kalimah Allah oleh non- muslim. Ada lagi seekor bajingan dalam PKR yang juga menentang penggunaan kalimah oleh oleh non-muslim; kita menunggu bila pula bajingan ini akan mengikuti jejak Fairuz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111