" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 23, 2010

Ahli Parlimen ‘seksis’ akan disenaraihitamkan

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat (PR) akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.
"Ahli-ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara.
" Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga," jelas kenyataan media yang dihantar Wanita PR kepada Erapakatan.com.
Menurut wanita PR, di antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas dari sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.
Bagi wanita PR, seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika Ahli-Ahli Parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikitpun.
"Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir.
" Menurut satu kajian, lebih 60% rakyat miskin adalah terdiri dari wanita dan wanita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan keimpinan pentadbiran dan politik. Wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku," jelas kenyataan tersebut.
Wanita PR berpendapat seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat dan Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja (scott free).
"Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender," jelas wanita PR lagi.
Seksisme (sexism) membawa maksud bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya.
Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.
Seksisme adalah berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).

KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat (PR) akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.

"Ahli-ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara.

"Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga," jelas kenyataan media yang dihantar wanita PR kepada erapakatan.com.

Menurut kenyataan itu, antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas daripada sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.

Bagi wanita PR, seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika ahli-ahli parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikit pun.

"Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir.

"Menurut satu kajian, lebih 60 peratus rakyat miskin terdiri daripada wanita dan kaum ini masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan keimpinan pentadbiran dan politik. Wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku," jelas kenyataan tersebut.

Wanita PR berpendapat seksisme dalam parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat dan Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja (scott free).

"Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender," jelas wanita PR lagi.

Seksisme (sexism), kata kenyataan itu, membawa maksud bahawa satu gender adalah lebih hebat atau lemah dari yang lainnya.

Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.

Tambah kenyataan itu, faham seksisme berlawanan dengan perlembagaan negara dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111