" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 23, 2010

Parlimen minta tempoh seminggu teliti dokumen wang ehsan

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Parlimen meminta tempoh seminggu untuk meneliti segala dokumen dan fakta yang dikemukakan seorang anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengenai wang ihsan yang perlu dibayar kepada rakyat Kelantan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau mahu melihat dahulu dokumen tersebut kerana kurang jelas terhadap isu yang dibawa PR.
"Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini, saya kurang jelas soal latar belakang, saya belum lihat semua dokumen, saya minta beri peluang saya satu minggu untuk melihat semua dokumen ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Selepas selesai sesi soal jawab di Parlimen, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) telah membawa usul yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat penyelewengan di dalam dewan mengenai isu wang ihsan.
Beliau berkata penyelewengan itu berlaku ketika Najib menjawab soalan beliau pada 4 Nov 2009 mengenai bila tuntutan royalti minyak rakyat Kelantan akan dibuat oleh Petronas.
"Pada ketika itu, Perdana Menteri telah menjawab di dalam dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa Kelantan termasuk Terengganu yang kawasan minyaknya terletak di luar pantai atau offshore tidak layak mendapat bayaran royalti dan dengan itu beliau menyatakan bahawa meskipun peruntukan itu jelas, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan wang ihsan ke Terengganu dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar negeri tersebut," katanya.
Salahuddin berkata jawapan Perdana Menteri itu dilihat bertentangan dengan kandungan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Petronas pada 16 Sept 1978 yang dialamatkan kepada Datuk Setiawangsa Pegawai Kewangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu mengenai anggaran pembayaran royalti minyak petroleum.
"Adakah jawapan yang diberikan Perdana Menteri dalam dewan yang mulia ini yang mengatakan itu adalah wang ihsan sama sekali bertentangan dengan surat yang dialamatkan dan dihantar Petronas yang jelas menunjukkan fakta wang itu dibayar dengan wang royalti bukannya wang ihsan," katanya.
Justeru, beliau memberi tempoh seminggu untuk Perdana Menteri membuat penjelasan berhubung perkara tersebut.-BERNAMA-

KUALA LUMPUR : Parlimen meminta tempoh seminggu untuk meneliti segala dokumen dan fakta yang dikemukakan seorang anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengenai wang ehsan yang perlu dibayar kepada rakyat Kelantan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau mahu melihat dahulu dokumen tersebut kerana kurang jelas terhadap isu yang dibawa PR.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini, saya kurang jelas soal latar belakang, saya belum lihat semua dokumen, saya minta beri peluang saya seminggu untuk melihat semua dokumen ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Selepas selesai sesi soal jawab di Parlimen, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) telah membawa usul yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah membuat penyelewengan di dalam dewan mengenai isu wang ehsan.

Beliau berkata penyelewengan itu berlaku ketika Najib menjawab soalan beliau pada 4 Nov tahun lalu mengenai bila tuntutan royalti minyak rakyat Kelantan akan dibuat oleh Petronas.

"Pada ketika itu, Perdana Menteri telah menjawab dalam dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa Kelantan termasuk Terengganu yang kawasan minyaknya terletak di luar pantai tidak layak mendapat bayaran royalti dan dengan itu beliau menyatakan bahawa meski pun peruntukan itu jelas, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan wang ehsan ke Terengganu dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar negeri itu," katanya.

Salehuddin berkata, jawapan Perdana Menteri itu dilihat bertentangan dengan kandungan sepucuk surat yang dikeluarkan Petronas pada 16 Sept 1978 yang dialamatkan kepada Datuk Setiawangsa Pegawai Kewangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu mengenai anggaran pembayaran royalti minyak petroleum.

"Adakah jawapan yang diberikan Perdana Menteri dalam dewan yang mulia ini yang mengatakan itu adalah wang ihsan sama sekali bertentangan dengan surat yang dialamatkan dan dihantar Petronas yang jelas menunjukkan fakta wang itu dibayar dengan wang royalti bukannya wang ihsan," katanya.

Justeru, beliau memberi tempoh seminggu untuk Perdana Menteri membuat penjelasan berhubung perkara tersebut. - Bernama.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111