Kepincangan krisis Istana Kelantan yang berlarutan sampai hari ini adalah berpunca dari beberapa orang hamba Allah (termasuk dalam kategori Makhluk Allah Juga) yang gilakan kuasa… tanpa memikirkan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kelantan mereka semahunya memperkosa undang-undang yang ada demi mencapai hasrat nafsu mereka tanpa memikirkan perasaan rakyat jelata negeri serambi Mekah yang hidup aman damai di bawah pentadbiran Pemangku Raja Kelantan (Yang dipilih secara Sah sehingga keadaan Sultan kembali pulih)dan Tok Guru Menteri Besar kelantan ..
Perlu diingat!!! Kita sekarang ini bukan lagi berada di zaman 30an atau 50an…menelan apa sahaja yang datang dari atas,bawah dan belakang…Rakyat sudah cerdik.. rakyat bukannya buta undang-undang.. maklumat hanya di hujung jari sahaja… kita tidak akan menelan kebatilan walaupun ianya disaluti dengan emas kebenaran…
Jangan kita langgar semboromo undang-undang Tubuh Negeri Kelantan… Rakyat jelata sedang memerhatikan dan menilai tingkah laku buruk kita itu…
No comments:
Post a Comment