" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 22, 2010

Cari dana untuk akhirat

Salam pagi kepada semua pembaca. Sejak jumaat minggu lalu (19.3.2010) blog albanjari tidak dapat dikemaskini seperti yang biasa.

Dan perkara ini berlarutan sehingga selasa ini (23.3.2010), wak harap dapat kembali berblogging selepas tarikh tersebut. Wak sedikit sibuk sekarang. Tempoh 5 hari yang diberikan oleh bos masjid wak di sini untuk menyiapkan 1 proposal mencari dana bagi membaikpulih serta menaiktaraf ruang masjid sedia ada benar-benar membutuhkan waktu dan masa yang cukup terhad untuk blogging. Alhamdulillah, proposal itu hampir siap. Syukur kepada Allah swt.

Jawatankuasa masjid masih memerlukan RM30 ribu lagi untuk projek ini melalui sumbangan wakaf dan infaq umat islam seluruhnya. Berdasarkan kepada kos baikpulih/naik taraf yang melibatkan jumlahnya disekitar RM55 ribu (sebutharga kontraktor yang dipersetujui oleh JK masjid) maka usaha-usaha mencari baki dana harus dilakukan mulai minggu hadapan.

Bumbung masjid pun dah makin bocor beb ! Bocor sana-sini, hujan lebat jer..maka akan tirislah..kena waktu tu masa solat, ada yang basah timpa air hujan yang tiris dari bumbung. Kebetulan masjid ini bukan masjid dari dana 'kerajaan', maka tidaklah ia dibangunkan se'gah' masjid besi di Putrajaya. Ini masjid yang didalamnya mengalir 'wakaf' umat islam.

Selain menambah ruang solat sediaada, maka peruntukan itu sedikit besar. Dalam hal ini, wak dipertanggungjawabkan untuk mencari dana/bangunkan proposal lengkap bagi masjid ini. Jika ada sesiapa yang mahu meng'infaq' dan me'wakaf'kan sedikit dari pendapatan atau hartanya ke rumah Allah ini silakan, syukur wak kepada Allah yang membuka hatinya untuk membeli 'saham-saham' akhirat itu.

Salurkan sumbangan anda ke akaun dibawah :
Bank Muamalat Berhad - 0801 - 0009652 - 728 atas nama Masjid Jamek Titi Serong

Untuk pertanyaan hubungi bos masjid/Pengerusi - Tn. Hj. Mohd Amin bin Hj. Mat Arip (012-5211350) - ketika ini beliau masih berada di Mekah kerana ber'umrah' selain mencari sedikit dana dari sahabat2 beliau di sana jua di Madinah untuk tujuan ini. Alhamdulillah.

Salam dari wak. PAS dan ISLAM UNTUK SEMUA ! Allahuakbar..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111