Oleh: HAFIZ JAMAIL
EKORAN penyiaran gambar seorang penerima Sijil Penghargaan sempena Hari Ulang Tahun ke 203, PDRM melalui artikel bertajuk ‘Hari Polis Buktikan Kejalangan Polis Kunak?; seorang lelaki menghubungi Editor Sabahkini.net dan meluahkan kemarahan berhubung isu berkenaan.
Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D yang ketika ini sedang bercuti di Sandakan memaklumkan beliau menerima panggilan telefon pada jam 7.32 pagi tadi daripada telefon bimbit bernombor 0195376789 daripada seorang lelaki yang bernama Djapri.
“Siapa yang suruh kita yang letak saya punya anu di kita punya Sabahkini ha. Itu Pangazou itu. Itu Pangazou itu. Sayalah itu yang gambar itu. Sudah kamu tidak puas hati itu, kau letak lagi gambar ha. Kau kenalkah saya siapa? Kau berapa kali mau kasi malu saya. Saya Djapri. Saya yang terima sijil itu. Ha..Nanti besok kita jumpa ha. Kau ini jangan kurang ajar bah. Babi…” kata Mutalib yang mengajuk percakapan Djapri ketika menghubungi Ibu Pejabat Sabahkini.Net di Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Mutalib, beliau hairan kenapa Djapri melenting akibat penyiaran gambar beliau menerima Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M. Radzali Mahmud sedangkan di bawah caption gambar berkenaan hanya menyebut;
“TERIMA....Salah seorang yang berjasa kepada Polis Kunak menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah sempena sambutan Hari Polis.”
Persoalannya kata Mutalib, apakah Djapri tokoh yang dimaksudkan oleh Pangazou sebagai; “….penganugerahan Sijil Penghargaan kepada seorang pemimpin politik dan anak-anaknya yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan penagihan dadah serta beberapa orang yang disifatkan sebagai ‘Penyamun’ di Skim Pekebun Kecil Tingkayu.”
Dalam artikel Pangazou tidak menyebut nama pemimpin politik berkenaan dan anak-anaknya. Malahan kata Mutalib, gambar Djapri berkenaan dimuat turun daripada blog Kunakpress.blogspot.com dan bukan gambar superimposed.
“Apa silapnya dengan gambar Djapri tersebut? Mungkin seperti kata pepatah, siapa makan cili, dia merasa pedas. Apatah lagi, bukan dia sahaja pemimpin politik yang menerima Sijil Penghargaan kerana ada dua orang lagi pemimpin politik yang turut menerima Sijil Penghargaan daripada PDRM Kunak atas jasa gemilang mereka selama ini,” ujar Mutalib M.D yang menggesa Djapri mengambil tindakan undang-undang terhadap Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Sabah sebagai ‘Little Tingkayu’ yang menghalalkan pembunuhan dan perompakan.
Tegas Mutalib, beliau sudah lali dengan pelbagai ancaman dan ugutan daripada bukan sahaja samseng jalanan; malah daripada pembesar negara apabila rahsia mereka terdedah kepada umum kerana beliau masih percaya kepada ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan ‘Kedaulatan Undang-Undang’ sehingga membuat pendedahan berani melalui buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan sebagainya.
Dalam pada itu, siasatan Krew Sabahkini.net di Tawau mendapati Djapri Kudosat merupakan tokoh politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang begitu istimewa kerana walaupun disahkan ‘Muflis’ oleh Jabatan Insolvensi, namun masih memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PKR Kunak dan menjadi perwakilan dalam Perhimpunan PKR Sabah.
Djapri juga merupakah tokoh tempatan yang dihormati oleh polis dan merupakan rakan akrab Ketua Polis Daerah Kunak dan tidak hairan jika kes jenayah anaknya, yang terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 belum dihadapkan ke mahkamah sejak ditangkap tahun lalu.
Walaupun kereta kancil berwarna biru bernombor ST26*** masih berada di kompaun Balai Polis Kunak, namun kes berkenaan belum disebut. Tidak dikenalpasti apakah kes berkenaan telah ditutup atau cuba disembunyikan oleh pegawai pendakwa.
Mungkin Ketua Polis Negara wajar menilai semula untuk memberikan elaun RM200 kepada semua anggota polis Kunak yang melindungi Djapri selama ini?
SabahKini.Net
No comments:
Post a Comment