" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 27, 2010

Cerita UG kembali PANAS!!!

Bagi segar minda sikit... Aku tau ramai otak dah tepu sekarang nih.... Masih ingat gambar ini!?

Benarkah? Betulkah? Siapa boleh kompirmkan dengan aku!? Aku bukak banyak blog separuh bercerita pasal Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, dan separuh lagi bercerita perihal UG? Adakah semboyan UG kini bergema kembali dalam kesibukan kite untuk memenangi PRK Hulu Selangor!? Sape tahu hal sebenar..?

Aku rasa tak perlulah lagi aku bercerita pasal cerita UG yang sekarang nih tengah bermaharaja lela di alam maya sekarang nih... Aku pun malas nak tepek-tepek artikel pasal UG nih.. Aku biarkan saja mereka bercerita dan aku amik sikap berkecuali... Cuma aku nak cerita ape perbezaan golongan UG dan golongan pro-PR..

UG oh UG? Perluke UG? Tanpa UMNO apa akan jadi pada PAS?

"jika tanpa UMNO" dan "jika dengan UMNO"

1. PAS telah berjaya memegang 3 negeri tanpa UMNO ! Tapi Umno lah Pas kini hanya tinggal 2 negeri... Lupakah!?

2. PAS lama memerintah negeri KELANTAN tanpa UMNO tetapi PAS hanya memegang negeri PERAK selama 11 bulan kerana UMNO... Masih ingat kah!?

3. Blogger PAS bergabung dengan kukuh tanpa UMNO, tetapi kini sebab UMNO blogger PAS terbahagi kepada 2... Masih lupa lagikah!?

4. Pemimpin PAS di pandang tinggi oleh rakyat Malaysia Muslim dan nonMuslim selama ini kerana tanpa UMNO, tapi kini kerana UMNO juga lah Ulamak kini di pandang enteng oleh masyarakat.. Masih buat-buat lupa!?

5. PAS sudah dapat berbaik dengan parti DAP. maknanya benteng perkauman kini sudah tiada lagi dalam menyiarkan syiar Islam adalah kerana tanpa UMNO, Tapi kerana UMNO, PAS kembali bermusuh-musuh dengan kaum bukan Islam... Masih lupakah siapa UMNO!?

6. Jadik perlukah Umno dalam konsep Unity Goverment? Pada aku kalau nak buat Unity Goverment baik PAS bergabung dangan PKR dan DAP untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia...

Korang dah baca perbezaan "jika tanpa UMNO" dan "jika dengan UMNO" yang aku tulis? Korang fikirkanlah... Aku tak mau amik port pasal UG nih... Cuma aku sayang kan PAS kerana kalau kompem UG jadik... Aku berani jamin akan dengar DUN atau MP PAS pulak akan lompat keluar dari PAS... Tak caya aku cabar cubalah UG....!!

APA KOMEN KORANG!?

EraPasca

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111