Oleh Halik Zaman
PEMIMPIN UMNO di Sabah seperti Datuk Seri Musa Haji Aman, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Rahim Ismail, mempunyai berbagai perspektif personaliti hidup dalam masyarakat Melayu. Kehidupan mereka dicorakkan menerusi keturunan yang diwarisi dari berbagai bentuk etnik masyarakat Sabah. Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang mewakili segenap rumpun suku kaum di Sabah.
Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, beliau begitu bangga kerana dikenali dengan sukunya ‘SAMA', megah dengan budayanya ‘SAMA', megah dengan bahasa daerahnya ‘SAMA' dan megah dengan tradisi orang ‘SAMA' dan beliau menjadi idola orang ‘SAMA' di Sabah.
Selain itu terdapat pada diri Salleh Tun Said seorang yang berhemah tinggi. Beliau disegani oleh suku kaum ‘SAMA' kerana wujudnya seorang pemimpin dari suku kaum sendiri.
Bagi Tan Sri Pandikar Amin pula, amat sinonim dengan suku kaumnya yakni suku Iranun. Beliau mengamalkan budaya Iranun, bahasa Iranun, beliau juga jadi idola suku Iranun. Beliau disegani oleh segenap lapisan suku Iranun.
Tan Sri Pandikar berpendidikan sebagai seorang peguam. Beliau juga pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan kini menjadi Speaker Dewan Rakyat. Sikapnya yang sederhana amat disenangi oleh bukan sahaja oleh suku kaumnya malah kebanyakan masyarakat tempatan Sabah.
Datuk Seri Shafie Apdal, seorang yang berketurunan Bajau/Suluk Semporna, beliau semestinya megah dengan sukunya, megah dengan bahasa daerahnya Semporna, megah dengan tradisi orang Bajau/Suluk. Bagi rakyat Semporna/Bajau/Suluk, Datuk Seri Shafie adalah merupakan idola mereka kerana beliau dianggap antara yang berjaya yang menaikkan nama kaum Bajau/Suluk di Sabah setelah Tun Mustapha meninggal dunia.
Datuk Rahim Ismail, tidak ketinggalan megah dengan sukunya Brunei, megah dengan bahasanya, budaya dan tradisi jadi kebangggaannya. Datuk Rahim amat sinonim dan rapat dengan penduduk daerah Papar, Sabah. Beliau amat terkenal dengan sikap prihatin dan jiwa rakyat di kalangan penduduk daerah Papar yang diwakilinya. Beliau di gemari kerana mengamalkan sikap ‘open door policy’ yang tidak lelah melayani masalah rakyat walau di mana beliau berada.
Datuk Seri Musa Haji Aman seorang 'peranakan Pushtun' yang mana asal sebenar keturunan ini adalah dari negara Afghanistan dan kemudiannya kaum ini berhijrah ke kampung Labarkod, Mansera Hazara, Pakistan Barat.
Musa Haji Aman mengamalkan budaya Melayu, amalannya tradisi Melayu, bahasanya bahasa Melayu, cara berfikirnya cara Melayu, bahasa dalam rumahnya sendiri berbahasa Melayu dan menganggap dirinya berbangsa Melayu sejajar dengan Perlembagaan Malaysia, seorang Islam yang budaya dan pertuturannya dalam bahasa Melayu maka ia adalah orang Melayu dan Musa Haji Aman adalah bangsa Melayu. (Ini ditarifkan menurut Perlembagaan Malaysia).
Menurut dari kacamata sebilangan 'ahli-ahli fikir Parti Keadilan Sabah' bahawa 5 orang para pemimpin UMNO ini diibaratkan 5 ekor singa jantan yang garang bersama tinggal dalam satu kandang di atas satu bukit, ia tidak mustahil suatu hari nanti singa-singa ini tidak akan bertembung hebat dalam satu rumah? Begitu jugalah 5 orang para pemimpin UMNO Sabah ini akan berlumba-lumba mahu jadi Ketua Menteri Sabah dan akan bertembung satu sama lain dalam 1Sabah.
Bila sampai kepada kemuncak selisih faham berlaku dalam kepimpinan UMNO Sabah, siapakah antara 5 orang para pemimpin UMNO Sabah ini menjadi pilihan Kerajaan Pusat sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO berkuasa lagi?
SabahKini
No comments:
Post a Comment