" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, March 28, 2010

MICHAEL CHIA BAWA SAMSENG KE MAHKAMAH?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KEHEBATAN adik angkat Datuk Seri Musa Aman, Michael Chia Tien Foh @ Mikhael Aman semakin terserlah sejak dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) atas tuduhan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis, 14 Ogos 2008; setaraf dengan artis pujaan ramai seperti Michael Jackson.

Walaupun Mahkamah Sandakan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi pelanggan, namun Mikhael Aman yang sebelum ini menggunakan kedudukannya untuk mengelak gambarnya diambil jurufoto Sabahkini.net telah menyelinap keluar daripada Mahkamah Sandakan melalui laluan hakim dengan subahat seorang pegawai kanan polis.

Pada perbicaraan 25 Mac 2010, Mikhael Aman sekali lagi membuat kejutan dengan membawa pengawal peribadi yang dikenalpasti sebagai ‘Samseng’ di Sandakan bagi mengelak diburu wartawan dan jurufoto Sabahkini.net yang mengikuti kes perbicaraan rasuah beliau di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan.

Walaupun kes berkenaan diketahui media, namun hanya satu sahaja media cetak aliran Cina dan media maya Sabahkini.net yang membuat liputan kes berkenaan yang cuba ditutup daripada siaran media dengan pelbagai ancaman dan ugutan; terutama Mikhael Aman yang bertindak di luar batasan dengan mengupah samseng untuk menakutkan media.

BENGIS... Sai Pao menunjukkan wajah bengisnya terhadap jurofoto Sabahkini.net ketika keluar daripada mahkamah untuk makan tengah hari.

Tidak diketahui apa sebabnya Mikhael Aman begitu gentar gambarnya dirakam sedangkan wajahnya mirip ‘Michael Jackson’ dan dia sendiri mempunyai peminat yang ramai terutama di Kelab Malam dan Yayasan Sabah kerana mampu membeli perkhidmatan mereka dengan wang yang beliau ada.

Sebelum Mikhael Aman datang ke kompleks Mahkamah Sandakan, ‘Macai’nya, Frank Han Kan Kong telah berkerja keras untuk melaporkan bahawa ada media dan jurufoto Sabahkini.net yang menantinya dengan lensa zoom yang panjang dan turut menghindarkan diri apabila gambarnya cuba dirakam.

Akibatnya Mikhael Aman terpaksa menyembunyikan mukanya di sebalik kertas prosiding mahkamah dan dikawal ketat oleh empat orang ‘kaki pukul’ bagi mengelak gambarnya dirakamkan jurufoto Sabahkini.net yang bersedia sejak jam 8 pagi.

Walaupun disergah dan cuba diganggu oleh ‘Pengawal Peribadi’ yang diketuai Sai Pao @ Chan Mun Bang, namun jurufoto Sabahkini.net, Serman Hassnar tetap menjalankan tugas merakam lebih 3,000 gambar Mikhael Aman sepanjang hari berkenaan.

Dalam keadaan keletihan, Sai Pao hampir tertidur dibangku panjang di luar bilik perbicaraan sebelum disergah oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan datang untuk mendengar kes perbicaraan berkenaan dan muak dengan sikap Sai Pao menunjukkan samseng di Mahkamah.

Sai Pao menunjukkan belang sebenar sebagai 'Pengecut' apabila mengatakan, "Maaf kami hanya cari makan," ketika penduduk tersebut mencabar Sai Pao dan orang suruhannya menunjukkan 'anak jantan' di luar mahkamah.

Walaupun Serman tidak hadir pada 26 Mac kerana ada tugas lain yang mendesak di Kota Kinabalu, namun Mikhael Aman menambah dua lagi pengawal peribadinya menjadikan kesemuanya enam orang yang bermuka bengis dan bertatoo setelah menukar dua pengawal peribadi yang kelihatan gagal ‘mengajar’ jurufoto Sabahkini.net.

Sepanjang perbicaraan pada 25 Mac, Mikhael Aman dan pengawal peribadinya sentiasa diburu lensa kamera Sabahkini.net sehingga mereka kelihatan begitu alergik apabila melihat lensa panjang dihalakan ke muka mereka sama ada dari dekat atau jauh.

Sebaik sahaja memasuki kereta yang diletakkan di luar kompleks mahkamah, Sai Pao menunjukkan sikap samsengnya dengan memaki hamun Serman dan wartawan Sabahkini.net yang membuat liputan kes perbicaraannya sebelum memecut laju dengan kenderaan milik Mikhael Aman.

HUBUNGAN...Apakah wujud hubungan rahsia antara Kevin (kiri), Lue Sue Seng (tengah), Sai Pao (kanan) dan Frank Hank (hadapan) dengan Mikhael Aman kerana mereka kelihatan mesra dan mempunyai tugas masing-masing setelah Albert Lim gagal membeli pegawai SPRM untuk menutup kes berkenaan?

Sesuatu yang agak mengejutkan berlaku apabila Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morrais dan krewnya tiba di Mahkamah Sandakan setelah mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari kerana mereka menaiki sebuah Ninja King yang dipandu oleh Lue Sue Seng, Kroni Musa Aman.

Sebelum ini, Lue Sue Seng adalah musuh ketat Musa Aman kerana telah dianiaya dan dicederakan oleh seorang pemimpin UMNO sehingga menyebabkan beliau membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang Musa Aman dalam pilihanraya DUN Sibuga pada 2004.

Akhirnya, Lue Sue Seng terpaksa tunduk kepada kehebatan Musa Aman dengan merujuk kembali dan mencium tangan musuh ketatnya setelah gagal menewaskan Musa Aman dalam pilihanraya ataupun mengelincirkan pengaruh Musa Aman di Sandakan.

Apa agenda Kevin Morrais dan krewnya menaiki kenderaan Lue Sue Seng sedangkan SPRM mempunyai kenderaan sendiri? Wajarkah Kevin digugurkan daripada mewakili SPRM kerana seolah-olah termakan budi ‘Musa Aman’ dan gagal menyerlah di mahkamah.

Siapa yang mengupah Lue Sue Seng mempelawa Kevin dan krewnya menaiki Ninja King dan membelanja mereka makan tengah hari sebelum mahkamah menyambung sidang pada jam 2.30 petang, 25 Mac 2010?

Mungkin tiba masanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad membuat rombakan sebelum Kevin tewas sekali lagi di mahkamah sebagaimana tewasnya beliau dalam kes Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yussof

SabahKini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111