" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, March 26, 2010

HARI POLIS BUKTI KEJALANGAN POLIS KUNAK?

Oleh: PANGAZOU LEE

HARI polis disambut dengan rancak di balai Kunak kelmarin dengan penganugerahan Sijil Penghargaan kepada seorang pemimpin politik dan anak-anaknya yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan penagihan dadah serta beberapa orang yang disifatkan sebagai ‘Penyamun’ di Skim Pekebun Kecil Tingkayu.

Ramai menyifatkan penganugerahan Sijil Penghargaan kepada pemimpin politik yang rendah moral dan ‘penjilat najis polis’ Kunak sebagai merendahkan martabat PDRM yang baru sahaja menyambut ulang tahun 203 kewujudannya di Malaysia.

Mungkin Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M. Radzali Mahmud tersalah pandang atau tersilap maklum sehingga hampir seluruh warga Kunak mentertawakannya kerana bersetuju menganugerahkan Sijil Penghargaan Polis kepada ‘Keluarga Penagih’ dan ‘Penjenayah’ yang memainkan peranan penting menjatuhkan imej polis di mata masyarakat.

Chief Inspektor Michael menerima penghargaan dalam kategori prestasi pegawai polis, manakala ASP Tan Hiap Wah yang menjadi ‘Lelaki Paling Popular’ dan penuh kontroversi di Balai Polis Kunak pula tidak menerima sebarang Sijil Penghargaan; sebaliknya terdengar desas-desus ASP Tan akan ditukarkan ke Balai Polis Kinabatangan pada 1 April kelak.

ASP Tan yang disifatkan Peguam James Valentino Tanggar sebagai ‘Pegawai Rendah Akhlak’ kerana terlibat mengarahkan 21 Pekebun Kecil Tingkayu ditangkap atas tuduhan rompak berkumpulan dan memperdaya beliau dan pekebun kecil Tingkayu sehingga mereka diserang dan berakhir dengan kematian Saipon Kayabo.

Dalam perbicaraan kes 21 Pekebun Kecil Tingkayu yang dituduh ‘merompak secara berkumpulan’ di Mahkamah Majistret Tawau baru-baru ini, telah menyaksikan drama yang layak menerima anugerah ‘Drama Terburuk’ yang berjaya dipentaskan PDRM Kunak.

Perbicaraan setakat ini telah menyaksikan bagaimana saksi-saksi polis mereka cerita mengikut skrip yang ditulis ‘pihak tertentu’ sekalipun telah mengangkat sumpah di mahkamah untuk berkata benar, namun mereka tetap berbohong di hadapan Majistret.

Antara saksi Pihak pendakwa yang memberi keterangan di hadapan Majistret termasuklah pegawai bahagian senjatapi daripada Balai Polis Tawau; Inspektor Hafizi (Jabatan Siasatan Jenayah Kunak); Pegawai Jabatan Kimia, Kota Kinabalu; Chief Inspektor Michael daripada Cawangan Khas PDRM Kunak dan anggota PGA Lahad Datu.

Mahkamah telah ditunjukkan beberapa barang rampasan yang disyaki sebagai barang-barang yang dirompak oleh 21 suspek serta beberapa laras senjatapi (angin dan bakakuk).

Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan, Peguam Kanan Pekebun Kecil, Haji Ansari Abdullah (Ansari & Co) dan Datuk Chau Chin Tang yang dibantu oleh peguam Joan Goh berjaya menimbulkan keraguan terhadap kesemua bukti-bukti yang ditunjukkan di hadapan Majistret.

Manakala Pegawai Pendakwa Raya (DPP) dalam kes ini terpaksa berdiam diri setelah ditegur oleh pihak pembela, termasuk Majistret kerana sering membuat bantahan terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak pembela, khususnya berhubung perintah Injuksi Mahkamah serta kegagalan pihak polis mengambil tindakan ke atas lebih 50 laporan polis yang dibuat para pekebun kecil terutama berhubung kehadiran geng Alimuddin.

Beberapa kali Mahkamah hingar binger dengan gelak ketawa apabila saksi-saksi polis memberi kenyataan yang bercanggah sejak saksi pertama sehingga saksi terakhir memberi keterangan, khususnya semasa soalan diajukan oleh Ansari mengenai kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh pihak polis semasa menghadang para suspek keluar daripada tempat kejadian kerana kenderaan tersebut dipercayai milik David Udin, iaitu orang kanan Alimudin yang kini ditahan di Penjara Tawau atas tuduhan membunuh dan menceroboh kebun Tingkayu.

Isu kenderaan tersebut cuba dinafikan oleh saksi iaitu Chief Inspektor Michael (yang menerima Sijil Penghargaan kelmarin) selaku pegawai yang mengetuai pasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Namun kenyataan daripada saksi terakhir iaitu anggota PGA adalah bercanggah sama sekali apabila beliau memberitahu mahkamah bahawa anggota-anggota PGA telah menaiki kereta pacuan empat roda milik David Uddin yang juga berada di tempat kejadian semasa suspek ditahan dan mengakui bahawa David Uddin adalah pengadu dalam kes tersebut yang telah menghubungi balai semasa kejadian tersebut berlaku.

Perbicaraan akan disambung semula pada 16, 17, 18 dan 19 april 2010 dan akan menyaksikan beberapa kejutan yang meletakkan imej PDRM Kunak setaraf dengan kenyataan Mantan Ketua Polis Negara Malaysia, Tun Haniff Omar bahawa 80 peratus polis di Malaysia boleh dipenjara tanpa bicara kerana terlibat dengan rasuah!

SabahKini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111