" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, March 28, 2010

Tareq umpamakan Hasan Al-Banna bintang di langit

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ketokohan Hasan Al-Banna masih bersinar sehingga disanjung oleh cucu sendiri, Tareq Ramadhan, walaupun beliau hebat diasak pertanyaan berbentuk provokasi oleh wartawan Barat di Jakarta sebelum ini.

"Ketika Hasan Al-Banna dijenamakan sebagai fundamentalis, ganas tetapi Tareq Ramadhan tetap pertahankan datuknya itu," demikian menurut pengerusi Alam Raya Enterprise Sdn Bhd M Aktifanus Jawahir.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran buku berjudul 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna' dan buku 'Dari Semenanjung Gaza, Ayat-Ayat Allah Berbicara' oleh M L Nur Aulia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

"Wartawan Barat itu bertanya Tareq Ramadhan, datuk kamu (Hasan Al-Banna) adalah seorang fundamentalis, tapi kamu moderate," kata beliau ketika menceritakan peristiwa itu.

Tetapi, tambah Jawahir, Tareq Ramadhan mengambil sikap merendah diri terhadap kehebatan datuknya itu.

"Mereka bertanya soalan berbentuk serangan ke atas Tareq Ramadhan, cucu Hasan Al-Banna lalu Tareq jawab datuk saya bagaikan bintang-bintang yang bersinar di langit, dan saya ini adalah debu-debu yang tiada apa-apa.

"Begitulah bagaimana cucu Hasan Al-Banna sendiri yang berjaya menjawab soalan wartawan Barat itu dengan pintarnya. Ia hasil asuhan serta didikan sejak zaman berzaman menerusi tarbiah Al-Banna terhadap ahli keluarganya," kata beliau.

Tambah Jawahir, walaupun sibuk dengan urusan dakwah, namun Hasan Al-Banna tetap mengutamakan kehidupan keluarganya.

"Hasan Al-Banna, mujahid ulung, ulamak besar mencintai kedamaian, katanya dunia ini akan hanya aman apabila dunia dipimpin Islam. Tetapi, dia tetap menitikberatkan pendidikan anak-anaknya misalnya pengajian ilmu matematik dan akhirnya kita melihat semua anak-anaknya menjadi insan yang terbaik pada zamannya," kata beliau lagi.

Sementara itu, dalam acara yang sama, penulis M L Nur Aulia berkata, buku yang menceritakan keperibadian cinta isteri Hasan Al-Banna ini bertujuan mendorong ibu bapa berusaha bagi memastikan agar setiap ahli keluarga mereka akan bertemu semula di dalam syurga kelak.

"Kita ingin supaya di akhirat nanti, kita semua akan dipertemukan semula di syurga bersama ahli keluarga. Dalam buku ini, kita melihat Al-Banna masih menumpukan hal keluarganya walau sibuk dengan urusan dakwah di luar.

"Walau jadual Al-Banna itu penuh dengan kesibukan yang luarbiasa, tapi urusan keluarga beliau tetap menjadi keutamaan," kata Nur Aulia lagi.

Selepas buku pertamanya menjadi 'best-seller, beliau berkata, buku tentang pengorbanan cinta isteri Hasan Al-Banna adalah buku yang akan menjadi pelengkap kepada kisah kekeluargaan Hasan Al-Banna ini.

"Tiada tokoh besar yang lahir ke dunia ini, melainkan urusan beliau itu mestilah disokong oleh seorang isteri yang baik. Jadi, kedua-dua buah buku ini, (Cinta di rumah Hasan al-Banna dan Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna) adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain," kata Nur Aulia lagi.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111