" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 30, 2010

Tak layak jadi pemimpin, Gerakan selar hujah Mahathir

Naib Presiden Parti Gerakan, Teng Hock Nan berpandangan bahawa Mahathir Mohamad mengambil kesempatan untuk mengkritik gagasan 1Malaysia oleh PM Najib Razak ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA. Untuk Teng Hock Nan, ucapan bekas Perdana Menteri ini adalah keras, malah sarat dengan retorik perkauman yang amat memualkan.

Tuduhan Mahathir bahawa "tuntutan bukan bumiputera semakin melampau" dianggap Teng Hock Nan (gambar kiri) sebagai tuduhan yang tidak berasas. Ini kerana gagasan 1Malaysia memberi jaminan agar semua warga Malaysia menerima layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira kaum dan agama

Malah, beliau berkata hujah Mahathir Mohamad akan dibidas DAP dan PKR, yang akhirnya memanfaatkan kedua-dua parti ini. Malah, ia tidak memberi kesan kepada asas sokongan politik terhadap PAS.

Teng Hock Nan menambah, PERKASA adalah satu pertubuhan yang berasaskan ekstremis perkauman dan fahaman agama yang radikal. Jelas, pertubuhan ini mengingkari konsep 1Malaysia yang menyarankan toleransi, mesra dan berbaik-baik antara satu sama lain.

"PERKASA adalah sebuah pertubuhan NGO, mereka berhak untuk menghambat visi dan matlamatnya. Malah, warga Malaysia yang bersetuju dengan ideal mereka, bebas untuk menyertai mereka."

PAKEJ PELAJAR 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PANGKOR RM 65.00 SEORANG

Tetapi Teng Hock Nan membidas tindakan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali untuk menjulang dan menguncup keris, kerana ia mencerminkan pertubuhan ini adalah penggerak fahaman perkauman yang tidak bermakna.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana UMNO dan ramai pemimpin menjarakkan diri dari PERKASA.

"Ini juga membawa makna bahawa pimpinan PM baru Najib bertekad untuk membina sebuah parti yang berhemah, sederhana, tetapi mampu mempertahankan hak kepentingan orang Melayu. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Najib juga menjamin layanan yang adil dan saksama terhadap semua warga Malaysia."

Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang ini juga yakin bahawa, seandainya UMNO terus menunjukkan tekadnya untuk memperbaharui partinya, dan berjanji untuk menjamin kepentingan semua orang Malaysia, maka Gerakan percaya parti ini akan diterima dan disokong oleh rakyat Malaysia yang sederhana dan bijaksana.

"Selagi UMNO bertekad untuk berubah, dan menekankan kesederhanaan, berusaha untuk mempertahankan hak dan kepentingan semua kaum, maka Gerakan akan terus memberi sokongan kepadanya," kata Teng Hock Nan.

*Kenyataan media oleh Teng Hock Nan, selaku Naib Presiden Gerakan merangkap Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang. Diterjemah dari kenyataan media edisi bahasa Cina.

DetikDaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111