Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) komited membantu dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat india dengan menyusun pelbagai program jangka panjang yang telah dirangka.
Exco Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sejak 2 tahun kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, banyak kuil-kuil hindu dan Sekolah Tamil mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan perkara ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan BN dahulu.
Beliau menyarankan agar masyarakat India di Negeri Selangor untuk terus menyokong Kerajaan PR kerana hanya PR sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat tersebut.
Dr. Xavier berkata demikina dalam satu sesi dialog dengan lebih 200 orang masyarakat India Hulu Selangor yang diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama ahli-ahli majlis Daerah Hulu Selangor turut dihadiri pegawai-pegawai daripada pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor serta kepimpinan PR setempat.
Orang ramai yang ditemui merasa gembira kerana ini kali pertama diadakan sesi dialog antara pemimpin negeri dengan orang ramai kerana sesi sedemikian tidak pernah diadakan oleh pemimpin-peminpin MIC sebelum ini.
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) komited membantu dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat india dengan menyusun pelbagai program jangka panjang yang telah dirangka.
Exco Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sejak 2 tahun kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, banyak kuil-kuil hindu dan Sekolah Tamil mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan perkara ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan BN dahulu.
Beliau menyarankan agar masyarakat India di Negeri Selangor untuk terus menyokong Kerajaan PR kerana hanya PR sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat tersebut.
Dr. Xavier berkata demikian dalam satu sesi dialog dengan lebih 200 orang masyarakat India Hulu Selangor yang diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama ahli-ahli majlis Daerah Hulu Selangor turut dihadiri pegawai-pegawai daripada pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor serta kepimpinan PR setempat.
Orang ramai yang ditemui merasa gembira kerana ini kali pertama diadakan sesi dialog antara pemimpin negeri dengan orang ramai kerana sesi sedemikian tidak pernah diadakan oleh pemimpin-peminpin MIC sebelum ini.
No comments:
Post a Comment