KUALA LUMPUR : PAS negeri Sarawak terus memperkukuhkan jentera parti itu bagi mendepani pilihanraya Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Terbaru, pada Kawasan Miri di negeri itu dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat (IT), Pilihanraya PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Sarawak dan Badan Perhubungan PAS Sarawak telah mengadakan satu Konvensyen IT dan Pilihanraya di salah sebuah hotel di Miri pada 4-5 Rabi'ul Akhir 1431H bersamaan 20-21 Mac 2010.
“Alhamdulillah, hampir 70 orang penggerak PAS dari bahagian-bahagian seluruh Sarawak dan dari semua peringkat telah hadir bagi menyatakan komitmen menjana kemenangan PAS. Ini merupakan siri kedua latihan jentera pilihanraya dalam meghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Turut serta di majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak merangkap Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Sarawak Abang Eddy Alyani dan Timbalan Pengerusi 2 PAS Sarawak merangkap Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri Tuan Haji Jofri Jaraiee.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya telah menemui Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud pada Februari lalu berhubung pilihanraya di negeri itu.
SPR turut mengarahkan SPR negeri Sarawak menyediakan secara terperinci berhubung bajet pilihanraya di negeri terbesar di Malaysia itu.
No comments:
Post a Comment