" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 31, 2010

Pengalaman bantu hadapi PRU-13

Pelantikan semula Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am dan timbalannya dilihat dapat mengukuhkan Pas, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik berkata, pelantikan tepat pada masanya memandangkan Pas masih memerlukan pengalaman mereka.

Menurutnya, sekiranya dilihat pada sokongan terhadap Nik Aziz dan Haron, ia pasti akan dapat mengukuh-kan Pas, yang mana sememangnya menjadi hasrat parti berkenaan.

“Sekiranya kita lihat pada polemik yang melanda senario politik tempatan, pengalaman dan sokongan mereka ini pasti akan dapat memperkukuhkan parti.

“Selain itu, sebagai satu ‘figure’ yang cukup popular dalam senario politik tanah air, Nik Aziz pasti akan dapat menarik sokongan orang ramai terhadap Pas. Ini secara tidak langsung akan memberi kelebihan dan kekuatan kepada Pas terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan semula Nik Aziz dan Haron oleh Majlis Syura Ulama Pas semasa mesyuaratnya.:

Pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara walaupun Menteri Besar Kelantan itu pernah menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya diminta berbuat demikian.

Sementara itu di SEREMBAN, Pas Negeri Sembilan berpandangan lantikan semula Nik Abdul Aziz langkah tepat.

Pesuruhjayanya, Zulkefly Mohd Omar berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz banyak menyumbang terhadap usaha memantapkan parti.

“Beliau (Nik Abdul Aziz) merupakan individu terbaik menerajui Majlis Syura Ulama Pas kini.

“Pembabitannya dalam pimpinan tertinggi parti menyaksikan Pas semakin diminati rakyat, termasuk bukan Islam,” katanya.

Menurut Zulkefly, Pas Negeri yakin Nik Abdul Aziz masih berupaya melaksanakan tanggungjawabnya terhadap parti.

DetikDaily.net

www.pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111