" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 25, 2010

Tubuh Kolej P Ramlee, tak perlu gelar Tun - Mariani

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: "Ada usaha nak beri gelaran Tun kepada P Ramlee, mereka tanya saya, tetapi saya sekat. Kenapa sekarang baru nak beri? Kalau nak hargai dia, tubuhkan Kolej P Ramlee, beri biasiswa pelajaran kepada cucunya," kata seniwati Mariani Ismail.

Tambah Mariani, pada akhirnya kehidupan seniman agung itu, beliau pernah mengeluh mengenai usaha-usahanya yang tidak tercapai untuk meluaskan industri perfileman negara.

"P Ramlee pernah bertemu Perdana Menteri masa itu, Tun Abdul Razak untuk minta bantuan, tetapi kami sendiri tidak tahu apa perkembangan selepas itu.

"Bukan kerajaan tidak mahu bantu, cuma beliau sedikit kesal kerana tiada jawapan yang jelas terhadap permintaannya itu. Sampai akhir hidup, dia nak filem warna tak dapat," kata beliau kepada erapakatan.com.

Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail berkata, P Ramlee sebenarnya bukan tiada duit untuk melaksanakan segala hajat dan impian beliau itu, tetapi wangnya banyak dihabiskan kepada perkara-perkara lain.

"Ramai orang yang datang pinjam duit daripada beliau. Dia akan beri duit, kemudian mereka tidak bayar semula kepada beliau. Itu antara punca kenapa beliau tidak banyak menyimpan duit pada akhir hayatnya," tambah beliau

Oleh kerana itu, tambah Mariani, P Ramlee melontarkan segala kekecewaan itu melalui sebuah filem mengenai kehidupan akhirnya.

"Lagunya dah siap, iaitu Air Mata Di Kuala Lumpur (AMKL), tapi skrip filem AMKL itu ada pada seorang sahabatnya sendiri. Saya dengar khabar, beliau minta harga puluhan ribu jika nakhah skrip filem tersebut mahu difilemkan," kata beliau.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111