
Tahniah! walaupun  kalah undi Pakatan meningkat di Hulu Selangor
Oleh: hermansamsudeen
"Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan  jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha  bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media  seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan  termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan  menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.
Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi  jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi  Pakatan tidak merosot malah bertambah.
2004 pakatan dapat 13, 324  undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan  bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…
sedangkan  BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu  memperoleh majoriti 1,725 undi.
Walaupun kehilangan kerusi Hulu  Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan  rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan  sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi  kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi.  Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.
Hulu Selangor memang sangat  mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan  majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu  saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.
BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi  Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.Ada yang  mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan  K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas  Kerajaan  Selangor….Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk  melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen  hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan  Persekutuan 2013 nanti.
Yang  pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu  peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil  sebelum ini.Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa  akan datang.
 
No comments:
Post a Comment