" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 27, 2010

TEWAS ADALAH `KEMENANGAN' BESAR BUAT DATO' ZAID

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi saya ingin berbicara tentang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang telah pun dimenangi oleh calon dari Bn itu. Bukan bertujuan untuk mencari sebab musabab PR tewas kerana semua sudah maklum kenapa Bn itu menang. Saya cuma ingin mengulas sedikit tentang calon PR dari PKR yang dikatakan tewas itu.

Sepanjang kempen PRK itu berjalan, bukan sedikit tohmahan dan cercaan yang menimpa Dato' Zaid. Sebelum ini kita telah menyaksikan bagaimana DS Anwar dicerca dan diaibkan secara terbuka termasuk menerusi media ke merata pelusuk alam sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau bagaimanapun, DS Anwar berjaya memalukan puak yang disokong oleh Apco itu dengan kemenangan besar. Adakah sewaktu itu rasuah politik dan peranan media pencacai tidak wujud? Ianya tetap wujud selagi puak itu bernyawa, namun kehebatan dan aura DS Anwar teramat kuat sehinggakan tidak mampu untuk mereka menggunakan cara iblis dan syaitan untuk mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh ketika itu.

Begitu juga yang terjadi kepada Dato' Zaid di Hulu Selangor. Insan yang jujur tanpa sedikit pun hipokrit ini mendapat cercaan dan penghinaan dari puak mereka. Teramat sedih sekali kerana ramai yang termakan dengan umpan dan cara mereka yang jahat itu. Lebih malang dan menyedihkan lagi, orang-orang Melayu yang berugama Islam turut bersekongkol menyokong puak-puak yang mengaib dan mencerca insan yang ingin kembali ke pangkal jalan ini. Mereka lupa kepada agama semata-mata untuk mengisi perut mereka dan kehidupan duniawi mereka. Maka, kemenangan mereka berikan kepada calon dari MIC ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Apakah yang lebih bermakna dan berharga dari menerima hidayah dan pertunjuk dari Yang Maha Kuasa jika dibandingkan dengan jawatan Menteri atau pun Wakil Rakyat? Dato' Zaid sanggup meninggalkan kerusi empuk Menteri dan bersama dengan satu wadah yang bukan boleh menjanjikan kesenangan buatnya malahan mungkin menjanjikan risiko besar buat pemimpin sepertinya. Siapakah yang menggerakkan hati Dato' Zaid memilih wadah yang penuh ranjau ini jika bukan Yang Maha Pengasih? Allah telah menunjukkan kepada Dato' Zaid jalan untuk kembali berubah menjadi seorang insan yang mulia.

Siapa boleh menjamin jika Dato' Zaid masih berada di dalam parti yang menyanjung Apco itu beliau boleh berubah walaupun sedikit? Tetapi kini Dato' Zaid mengaku telah berubah dan insaf. Biarpun mereka masih mempertikaikan keinsafan Dato' Zaid, namun yang berkuasa dan mengetahui hanyalah Allah SWT. Kita sebagai manusia wajib berbaik sangka terhadap sesiapa jua yang ingin melakukan hijrah dari yang buruk kepada yang baik dan kita haruslah berdoa untuk kesejahteraannya. Hanya Syaitan dan Iblis sahaja yang teramat marah dan dukacita jika ada insan yang ingin insaf dari melakukan perbuatan mungkar.

Dato' Zaid sebenarnya telah diberi kemenangan oleh Allah SWT apabila beliau berjaya menewaskan godaan dunia yang selama ini menghanyutkan beliau. Kekalahan di dalam PRK baru-baru ini hanyalah proses pembersihan jiwa dan dugaan buat Dato' Zaid. Apakah Dato' Zaid mampu mengharungi dugaan itu? Apalah ertinya kemenangan di dunia ini sedangkan hati dan jiwa masih terpalit dengan maksiat dan dikelilingi dengan rasuah?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111