" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 6, 2010

Hasrat MB Kelantan ke Makkah tercapai

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas kegagalannya menunaikan fardu haji musim lepas ekoran kontroversi isu tajaan haji oleh pihak tertentu yang bernilai RM65,000.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita kerana tidak dapat menunaikan haji pada musim lalu berikutan isu kontroversi itu.

“Hok yang lepas itu memang saya amat dukacita, tak apalah, kali ini saya dapat pergi juga walaupun untuk umrah.

“Itu tak betul, biarlah Tuhan balas ke atas mereka yang cuba mengkhianati niat saya itu,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan kontroversi tersebut sehingga membuatkan beliau gagal menunaikan fardu haji bersama keluarga musim lepas, namun ia dapat ditebus kembali apabila beliau dapat memenuhi hasrat untuk ke Tanah Suci pada kali ini walaupun sekadar mengerjakan umrah.

Pada 10 November tahun lepas, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.

Bagaimanapun ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun depan.

Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Besar membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

Ketika diminta meng-ulas sama ada pemergiannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah kali ini mendapat tajaan daripada mana-mana pihak atau ditanggung sendiri, berapa pegawai yang mengiringinya menyekat daripada Nik Aziz menjawab soalan wartawan itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, mula berlepas ke Makkah semalam bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Yahya dan Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi serta beberapa pegawainya.

Turut sama mengiringi rombongan Nik Abdul Aziz di lapangan terbang itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, beberapa anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut sumber Kerajaan Negeri, sepanjang percutiannya, jawatan Menteri Besar tidak akan dipangku oleh Timbalannya, kerana mengikut peraturan jawatan tidak perlu diganti oleh pemangku kerana pemergian Nik Abdul Aziz tidak lebih daripada sebulan. S/H

Detikdaily.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111