" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 6, 2010

LAGI GENG PRO UMNO DILINDUNGI OLEH KEPIMPINAN PAS PUSAT?

SUMBER
NOTA EDITOR: Saya menerima satu surat dari seorang ahli PAS yang satu negeri dengan Suwardi Yaakob, yakni Perlis Indera Kayangan.


Surat ini adalah pendedahan tindakan tidak sopan dan tidak amanah beberapa kepimpinan PAS Negeri Perlis di dalam berkawan dengan rakan dalam Barisan Alternatif.

Saya nasihatkan saudara supaya membuat laporan rasmi kepada SU Agung seperti yang saya telah lakukan kerana ada kemungkinan SU Agung yang baru ni pun tidak sedar akan memorandum ini.

Yang penting adalah kebenaran dan keadilan mesti ditegakkan. Sikap menikam kawan sendiri adalah sikap yang jijik dan tidak melambangkan akhlak Islam. Pembahagian kerusi adalah keputusan yang diambil di Peringkat PAS Pusat.

Apa pun alasannya, Keria Senawi tetap calon PKR yang menjadi komponen Barisan Alternatif. PAS patut menghormati keputusan parti kawan kita sepertimana mereka menghormati PAS apabila tidak meletak calon di tempat kita bertanding.

Kalau dicampur undi Bebas dan PKR, BN cuma menang dgn majoriti 948. Kalau ada satu calon Barisan Alternatif, kemungkinan ada harapan BA untuk merampas kerusi ini.

Tindakan seperti ini jelas menunjukkan betapa tidak wala’ kepimpinan PAS Perlis terhadap PAS Pusat.

Saya dah kata sebelum ini. Wala' hanya untuk ahli-ahli biasa dan picisan macam saya. Untuk orang atas, kalau langgar keputusan parti secara terbuka pun, masih boleh dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat.

Yang saya pelik juga, PJ Perlis juga terus dikekalkan sebagai Ahli Majlis Syura walaupun sudah ada aduan rasmi berkaitan perkara ini terhadap beliau?

Wala' dan akhlak jemaah HANYA UNTUK ORANG KECIL.

Sekian
Assalamualaikum W.B.T

Untuk makluman, Pas Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin salah seorang geng perpaduang telah secara terbuka menyokong Pengarah MTD Titi Tinggi Mohd Radzi Mustafa sebagai calon bebas menentang calon dari PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.

Kami telah menghantar memorandum bantahan kepada Setiausaha Agong Pas sejak tahun 2008 tetapi sehingga ke hari ini kami tidak pernah dipanggil untuk siasatan oleh SU Agong dan Mohd Radzi masih bergiat dalam Pas dan masih memegang jawatan AJK Pas kawasan Padang Besar (lihat gambar yang dilampirkan; gambar terbaru pada Mesyuarat Agong Pas Kawasan). Setahu kami, mengikut perlembagaan Pas, ahli Pas tidak boleh bertanding sebagai calon bebas. Ini tambahan pula menentang calon parti rakan daripada PKR.

Ustaz Zolkarnain Abidin yang pada PRU lepas bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Besar (Titi Tinggi dalam Parlimen ini) boleh mengesahkan bahawa beliau telah berkempen bersama-sama calon bebas ini dan calon bebas menggunakan Markaz Pas serta poster dan wang deposit calon bebas ini telah disediakan oleh Perhubungan Pas Perlis.

Di manakah keadilan dalam Pas kerana memorandum yang kami hantar telah diperam dua tahun oleh SU Agong parti?

Harap Sdr Abdul Rahman dapat dedahkan dalam blog saudara.


Salam perjuangan,




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Ahli PAS Perlis Indera Kayangan

* gambar Mohd Radzi Mustafa di barisan kedua, lima dari kanan (baju melayu berwarna hijau)






P/S : Perlu penjelasan dari PAS PUSAT.....!!!!

1 comment:

  1. alhamdulillah

    mmg patut kerusi tu diberi kepada pas

    tgk la berapa undi pkr dapat

    yg ko sibuk sgt bodek pkr ni nape

    lbh baik ko nasihat pkr supaya bina jentera pilihanraya
    jgn brgantung pada jentera parti lain

    bodo la lu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111