" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 17, 2011

Kenapa epal jadi penghubung antara gelombang dan hijau?

Oleh SAIDAH HAIRAN

PERIBAHASA Melayu mengatakan ‘rumah siap pahat berbunyi’. Dalam kehidupan masyarakat hari ini gambaran yang diungkapkan dalam peribahasa ini sering berlaku. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv46CTRsTqIxhnwNKTe1hBNWI56wX-YWH8hgrti9p9SgIj2_5QbEXRpAKaLruZjNwLfCVrEOj-7-5rUlVK3BwSHX7JMX0Y2sRP8_1xJZALG4cACZsQvoi-mlLkgTwE8AgHXERLEqP2-b4/s400/2.+epal+hijau.jpg

Maksud peribahasa ini dikaitkan dengan keputusan yang telah diambil setelah cadangan dikemukakan tetapi masih ada lagi suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pelancaran Ameerah dan Gelombang Epal Hijau di Dewan Milenium, Kepala Batas sempena sambutan 60 tahun PAS baru ini mengundang pelbagai reaksi negatif dan positif. Kedengaran suara-suara di belakang tabir mempersoalkan, kenapa epal hijau? Bukankah epal hijau itu masam?

Begitu juga timbul persoalan siapa itu ‘Ameerah’? Apa fungsi unit itu dan apa kaitannya dengan Nisa’?

Pelbagai persoalan timbul, namun ia hanya cakap-cakap di belakang tabir. Seharusnya jika unit itu sudah dilancarkan tidak timbul `soseksosek’ di belakang tabir.

Tahniah di atas keberanian dan kesungguhan tenaga kerja Muslimat yang bertungkus lumus menyiapkan gimik pelancaran Gelombang Epal Hijau dan Ameerah.

Sudah pasti, Ketua Penerangan DMPP, Aiman Atirah Al-Jundi yang diamanahkan sebagai Pengarah Gelombang Epal Hijau mahu yang terbaik dalam pelancaran tersebut.

Hhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIKwKGQTFjNV5cSEXI3ckMAUSHK7nVBSJzJ8CkciPlgNWB3VVG7oiXzW4m2dXqInPSnHDVdNPf64RGOlY1vXVekv5qskZlkxL_eaz80oolJobgDn5I0pAFTeaUFJly5odxoPP3bH9e_yk/s320/IMG_3423.JPGakikatnya... satu pelancaran terbaik dengan gimik buah epal hijau yang besar dengan warna menarik. Tahniah sekali lagi untuk seluruh tenaga kerja kumpulan tersebut.

Namun, seminit selepas pelancaran Gelombang Epal Hijau dan Ameerah; seluruh kepimpinan Muslimat tidak boleh duduk bergoyang kaki. Fikiran mereka mesti bergerak pantas untuk merancang dan melaksanakan strategi yang telah disusun.

Gelombang Epal Hijau merupakan simbol pelancaran Jentera dan Gerak Kerja Pilihan Raya Muslimat PAS seluruh peringkat. Ia juga merupakan suatu kehadiran baru yang menjadi gelombang kekuatan PAS untuk mendepani musuh-musuh politik Islam.

Epal Hijau dijadikan simbol kepada Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS. Jentera pilihan raya semestinya bersemangat tinggi, berjiwa kental, berani, mempu nyai ilmu dan bijak menangkis dakwaan daripada pihak musuh.

Jentera pilihan raya Muslimat bukan sahaja berani berhadapan dengan Wanita Umno tetapi mereka mesti bijak menarik hati pengundi khususnya kaum wanita.

Justeru, apakah epal hijau ini sesuai dikaitkan dengan kekuatan, ketabahan, kesungguhan, keberanian Muslimat PAS dalam mendepani musuh-musuh Islam? Sedang kan, semua orang tahu epal hijau itu masam dan tidak ramai yang menggemarinya.

Kenapa epal itu dijadikan penghubung antara gelombang dan hijau? Kenapa tidak terus pada gelombang hijau, biru atau merah?

Atau gelombang putih... sesuai dengan pemutihan daftar pemilih?

Kewujudan entiti baru di bawah naungan Dewan Muslimat PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk berjinak- jinak dalam dunia politik. Ini bersesuaian dengan nama unit tersebut ‘Ameerah’ bermaksud pemimpin wanita.

Visi Ameerah ke arah kepimpinan politik wanita muda bertaraf dunia, satu impian yang cukup jauh dan wajar diberi pengiktirafan. Walaupun berdarah muda dan masih berjinak-jinak dalam dunia politik namun mereka mampu meletakkan visi untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia.

Dengan wujudnya ‘Ameerah’ menunjukkan sikap keterbukaan saf kepimpinan baru dalam Dewan Muslimat PAS Pusat. DMPP di bawah kepimpinan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof sudah pasti mahu melihat generasi wanita muda bergerak aktif dalam politik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111