" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, April 24, 2010

Mari kita Lihat Siapa Anak Jantan

KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung hari ini bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.
Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.
"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana tidak Pakatan Rakyat tidak diberi media dengan adil.Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111