Setelah Operasi angioplasti jantung yang ke 3 Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada pagi Isnin 12/4/2010 yang lalu tidak berjaya,Lutfi akan menjalani pembedahan jantung bypass, pada 26/04/2010 di HUKM.Beliau dijangka akan masuk wad di HUKM pada 23/04/2010
Saya turut mnerima SMS dari Lutfi :Lutfi Dan Keluarga ucapan jutaan terima kasih atas segala ingatan,keperhatinan ,bantuan,sokongan doa di waktu sukar ini.Semoga Allah mengganjarinya sebagai amalan kebajikan disisiNya.
Kepada semua sahabat -sahabat marilah kita bersama - sama berdoa, mengadakan baca yassin serta solat hajat sama ada dalam bentuk berjemaah atau individu bagi mendoakan untuk kesejahteraan beliau, dan kesabaran buat ahli keluarganya serta pembedahan berjalan dengan lancar.
Paktam
22/04/2010
No comments:
Post a Comment