" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 22, 2010

Isu Sebenar Sengaja Di Sorok

Oleh Ahmad Zawawi

Tempoh berkempen hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Isu sebenar yang sepatutnya dijawab oleh Barisan Nasional masih belum mahu ditangani. Isu Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) yang menerima anugerah tanah seluas 1,977.428 ekar dari Kerajaan Negeri yang dulu tetapi hanya dikuasai oleh individu tertentu sahaja sama sekali enggan dijawab oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Mengenai skandal rasuah berbillion ringgit dalam pembelian kapal selam Scorpene juga tidak diambil pusing sedangkan ada pihak yang prihatin diNegara Perancis sudahpun memulakan tindakan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendakwaraya supaya antara lainnya menyiasat pembayaran komisyen RM540 juta kepada sebuah syarikat milik rakyat negara Malaysia. Isu APCO juga tidak dijawab dan ini adalah satu-satunya Isu yang sangat-sangat memeningkan kepala pimpinan BN.

IKLAN PERCUTIAN - JOM RIADAH BERSAMA KELUARGA

Jadi untuk mengalihkan kesemua Isu diatas, pihak BN terpaksa melancarkan serangan peribadi terhadap calun Pakatan Rakyat. Walaupun cara yang demikian dilihat sebagai tidak bermoral tetapi sebenarnya itu sahaja yang mereka ada. Perkara-perkara yang mereka bangkitkan kesemuanya tidak langsung terbabit dengan kesejahteraan negara. Rakyat diHulu Selangor diberitahu yang calun Pakatan pernah minum arak, suka bersukan kuda dan memiliki seekor kuda. Mereka meminta pengundi P.094 menghukum Parti Keadilan Rakyat kerana meletakkan calun yang memiliki seekor kuda lumba.

Dari beberapa analisa pengundi Hulu Selangor tidak akan terpengaruh dengan tuduhan liar yang dibuat oleh BN terhadap PR. Selama 50 tahun lebih mandat diberikan kepada BN tetapi masyarakat diHulu Selangor tidak juga maju-maju. Mulai tahun 2008 para pengundi sudah mula matang. Mereka memilih Parti yang benar-benar mahu membela nasib dan masa depan yang gemilang. Mereka membuat perubahan dengan memilih seorang Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat. Kematian adalah satu takdir dan tempoh dua tahun yang telah mereka lalui bersama Pakatan Rakyat masih terlalu awal untuk dinilai. Mereka memerlukan seseorang yang lantang bersuara diParlimen bagi mempejuangkan hak dan bukan seseorang yang hanya akan bertindak sebagai penyokong sahaja.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111