KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilihat seolah-olah menjadi alat Umno dalam isu berkaitan orang Melayu apabila badan itu bergerak bersama para penyokong Umno, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.
Dakwa beliau lagi, Perkasa juga menjadi wadah kepada orang-orang Umno yang kecewa dengan parti Melayu terbesar itu sehinggakan mereka bertindak berjuang bersama badan yang diasaskan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.
"Memang mereka NGO, tapi kebanyakan di kalangan mereka adalah orang-orang Umno. Adalah (di kalangan) mereka yang tidak berapa komited dengan parti. Tapi, yang saya nampaknya ... begitulah. NGO yang menyokong Umno," kata beliau ketika dihubungi, 30 Mac lalu.
Mengulas lanjut dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyatakan orang Melayu sudah tidak mempercayai Umno hingga memilih untuk bernaung di bawah Perkasa, Mustafa berkata isu sebenarnya adalah Mahathir itu sendiri.
"Saya lebih melihat cara Mahathir itu. Sebenarnya dia mahu suratkhabar ada berita tentang dia. Kononnya nak menunjukkan dia masih relevan lagi. Nak kritik BN secara 'direct', mungkin tak boleh sebab dia sendiri dilihat percaya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Jadi, dia gunakan Perkasa untuk tujuan tersebut," sindir beliau.
Pada 27 Mac lalu, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, Tun Mahathir mendakwa wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka.
DetikDaily.net
www.pangkorkini.net

No comments:
Post a Comment