
Sudahlah kaki terpijak tahi tapi tak mahu mengaku pula terpijak. Inilah bijak bengapnya Perkasa. Amat payah untuk kita melihat Perkasa sebagai tidak perkauman.
Nampak kecut pula apabila dilabelkan sebagai perkauman. Sepatutnya dah kata memperjuangkan Melayu dan sememangnya perkauman bertegaslah sebagai Ngo kaum yang memperjuangkan bangsa. Tak adalah pula kita mendengar Ngo-Ngo Cina yang memperjuangkan kecinaannya tidak mengaku sebagai perkauman. Alahai... beginilah Ngo perjuangan Melayu, hapak dan hampas.
Inilah Perkasa, apa yang mereka diperjuangkan caca-marba dan hanya pencacai. Amat pelik berdetam-berdetum memainkan isu-isu Melayu, mencabut, mencium keris dan berani menikam udara takut dikatakan perkauman. Setakat berbaju Melayu menghunus keris dan hanya tujuannya ingin perkosa PR dan Anwar tak perjungkan Melayu namanya. Digertak Cina BN sudah kecut. Bagaimana kalau Cina PR yang sebut, tentunya dah berpuluh laporan polis.
Jadi kalau mengharapkan Perkasa Perkakas Yang Perkasam memperjuangkan Melayu tak ke mana juga. Kalau memperjuangkan Umno, orang-orang Umno bolehlah bertepuk tangan dan tentunya ada sedikit sinar. Juga nampaknya Perkasa menjadikan Najib amat payah merealisasikan 1Malaysianya. Ibrahim juga semakin jauh daripada Umno walaupun dia sangat-sangat rindukannya. ek-ele
Detikdaily.net
www.pangkorkini.net
No comments:
Post a Comment