" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, April 3, 2010

Ucapan terbaik tentang arak di Parlimen

Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010

Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.

Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.

Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.

Kuantiti pengambilan perkapita setanding dengan Eropah iaitu 11 liter setahun dan sungutan rakyat terutama yang beragama Islam, arak, dan terutamanya bir terlalu mudah didapati di kedai-kedai.

Jumlah rakyat yang terlibat dengan pengambilan arak semakin meningkat dan pendedahan kepada arak semakin awal iaitu umur anak-anak remaja yang terdedah pada arak juga semakin rendah.

Pada tahun 1976, Spencer dan Navaratnam telah membuat satu kajian yang menunjukkan 19% pelajar sekolah menengah bandar mengaku minum arak, 1% mengaku kerap meminum arak, 3% mengaku minum arak sulingan iaitu spirit yang tinggi kandungan alkohol sekali sebulan, dan 5.6% minum bir dengan lebih kerap lagi.

Namun statistik penglibatan orang Melayu Islam dalam pengambilan arak boleh dikatakan tiada. Ini adalah kerana soalan mengenai tabiat ini tidak ditanya kepada orang-orang Melayu Islam kerana dikatakan sensitif.

IKLAN PERCUTIAN - JOM RIADAH DI PULAU PANGKOR

Namun dalam satu kajian di kalangan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) in-patient pada tahun 1993, 48% daripada yang ditanya mengaku minum arak. Satu per tiga daripada mereka ketagih arak sebanyak 61% daripadanya pesakit Cina, 60% daripada pesakit India, dan 30% daripada pesakit Melayu yang minum arak.

Di kalangan yang ketagihan arak, penyalahgunaan arak, 67% daripada mereka minum bir, 17% minum spirit iaitu arak sulingan, dan 16% minum samsu. Kalah kadar penyalahgunaan atau ketagihan tertinggi di kalangan kaum India yang daripada golongan pekerja dan miskin.

Setakat ini kerajaan tidak memberi perhatian kepada isu ketagihan arak ini dan sering dikatakan ia sebagai isu kaum India atau pun 'Indian’s problem'.

Jadi, berapa banyak sebenarnya kajian-kajian mengenai ketagihan arak ini yang telah dilakukan oleh institusi kerajaan sama ada pihak hospital atau pun pihak universiti. Maklumatnya tidak banyak mengenai perkara ini.

Apa yang menghairankan Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang mulia ini, arak ialah satu dadah atau boleh dimasukkan sebagai bahan 'psychoactive' seperti dadah-dadah bahan 'psychoactive' yang lain iaitu seperti morfin, ganja, ecstasy, dan sebagainya.

Ia menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang ke atas otak dan juga menyebabkan kerosakan organik kepada hati. Jikalau dalam dadah-dadah 'psychoactive' lain seperti ubat tidur atau pun ubat menguruskan badan dan sebagainya ianya memerlukan preskripsi doktor dan perlu diletak di belakang dan dalam almari yang berkunci.

Akan tetapi arak ini kalau di himpun semua kajian di seluruh dunia lebih daripada mencukupi untuk membuktikan bahawa arak ini membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial yang begitu tinggi.

Dari segi kos rawatannya melebihi daripada pendapatan yang dapat daripada perniagaan atau perusahaan arak.

Saya ingin membaca dan saya fikir semua orang Islam tahu tentang ayat al-Quran ini. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ayat ini cukup terang yang mengatakan bahawa “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan bertenung nasib adalah najis daripada amalan syaitan dan maka jauhilah sekiranya kamu hendak menjadi orang-orang yang berjaya”.

Ini sudah jelas dan negara kita dalam Fasal lima adalah sebuah negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Jadi, apakah yang menyebabkan sekarang ini dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung, dihukum mati? Akan tetapi arak minuman keras dan nikotin yang ada pada rokok diberi layanan yang lain. Ia boleh didapati dengan begitu berleluasa.

JOM BERSANTAI BERSAMA KELUARGA

Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya? Ia tidak dijadikan sebagai dadah berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.

Saya tidak bercakap mengenai perspektif orang Islam sahaja malah bangsa-bangsa dan agama-agama lain juga ada larangan dalam isu arak ini. Saya merasakan bahawa ada perkara yang boleh kita lakukan bersama sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada generasi akan datang. Ini adalah kerana undang-undang yang kita ada terlalu longgar.

Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.

Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.

Akan tetapi Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen. Begitu juga bumiputera Sabah boleh menjual secara runcit apa-apa liquor bumiputera. Saya fikir ini rice wine. Ia tidak memerlukan lesen.

Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Jadi ini menunjukkan bahawa penjualan arak ini boleh dijual di mana-mana sahaja. Seksyen 32(c) mengatakan bahawa sekiranya jualan runcit ini tidak melebihi 27 liter. 27 liter tuan-tuan, sidang Dewan sekalian kalau 1 tin bir mengandungi 350 mililiter bermakna sekiranya kedai itu stok, runcitnya stok 77 tin tidak melebihi padanya dan dia tidak memerlukan lesen untuk menjual arak ini.

Menteri juga, Seksyen 32(3) diberi kuasa mutlak untuk membenarkan jualan secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan. On top of that di atasnya penguatkuasaan penjualan arak sangat lemah. Penjualan haram banyak kedai-kedai yang menjual minuman keras tanpa lesen. Arak ataupun samsu yang dikilang secara haram yang mempunyai hingga 40% alkohol dalamnya juga dijual dengan agak berleluasa.

Premis untuk jualan arak pun begitu juga. Ini tidak termasuk todi kerana todi ada akta tersendiri. Seksyen 35(1) memberi empat jenis lesen untuk premis jualan. Lesen rumah awam maknanya kalau ada lesen ini boleh minum di premis.

Lesen rumah bir juga minum di premis, lesen kedai runcit ia boleh digunakan di tempat lain daripada premis atau di mana sahaja jika atau arak itu dijual. Kita ada juga lesen peniaga borong. Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang menyebabkan kenapa antara lain di
Selangor baru-baru ini berlaku kekecohan apabila PAS ataupun pihak berkuasa tempatan tidak dapat untuk melaksanakan atau untuk menetapkan kawasan-kawasan yang boleh menjual arak.

Orang-orang Islam mahu kawasan-kawasan perumahan tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan menjual arak. Pada masa yang sama PBT tidak boleh membuat undang-undang atau peraturan yang melanggar undang-undang induk.

Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual sekiranya tidak melebihi 27 liter. Maka tidak ada kuasa pihak PBT untuk pula mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan.

Lagi masalah yang terbit daripada penggunaan arak yang berleluasa ini ialah penjualan samsu. Ini saya hendak cerita satu anekdot. Apabila saya menang di Kota Raja saya didatangi oleh kumpulan-kumpulan India daripada golongan pertengahan dan golongan rendah yang meminta supaya – Dia kata “Sekarang PAS sudah memang di ota Raja. Tolong Yang Berhormat pastikan bahawa arak adan samsu tidak dapat dengan mudah di kedai-kedai runcit.” Ini kerana arak dan samsu ini dijual dalam plastik dengan harga yang begitu murah antara RM2 hingga RM3.

Menyebabkan golongan-golongan yang ketagihan arak ini ataupun golongan yang tidak boleh menangani hidup mereka dan mereka memerlukan arak senang membeli arak ini.

Inilah di antara perkara yang menjadi masalah bukan sahaja kepada rang-orang Islam tetapi juga kepada orang-orang bukan Islam. Jadi bermakna di Malaysia ini mana-mana kedai runcit boleh menjual minuman beralkohol kalau di simpan tidak lebih daripada 27 liter. Makna lebih kurang 70 tin bir di dalam kedainya. Kalau saya salah mungkin Menteri boleh membetulkan.

Dalam tahun 2001 terdapat 35,000 premis runcit berlesen di seluruh negara. Ini adalah untuk lesen alkohol yang kepekatannya tinggi spirits, wine dan sebagainya. Bukan lesen untuk menjual bir. Bir tidak perlu lesen kecuali kalau dijual dalam kuantiti yang banyak seperti di hypermarket, dia menjadi pemborong jadi dia perlu lesen.

Dikatakan bila kita tanya di luar sana, pegawai-pegawai, Lembaga Pelesenan almost always hampir selalunya tidak pernah menolak permohonan lesen jualan liquor. Jadi sekarang berapakah jumlah lesen liquor ataupun arak yang dikeluarkan oleh kementerian melalui lembaga-lembaga pelesenan?

Berapa sebenarnya yang pernah ditolak permohonannya? Masalah terdapatnya arak begitu banyak ditambah pula dengan pemasaran agresif oleh syarikat-syarikat pengilang. Di negara kita ada dua kilang sahaja. Satu di PJ, satu di Shah Alam daripada tahun 60-an dan 70-an.

Sekarang ini pasaran di Amerika dan Eropah sudah menjadi hampir tepu. Sekarang syarikat-syarikat arak mengubah sasaran mereka kepada negara-negara Asia. Negara kita satu hari akan menjadi hab arak.

Sekarang ini kita dikatakan hab pemerdagangan manusia. Kemudian kita akan disenaraikan sebagai hub arak pula. Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia rela sekiranya arak dapat didapati begitu murah minuman keras di negara-negara jiran kita. Satu hari kita juga akan di 'condemn' akan dikutuk oleh negara-negara jiran kita.

Di sini satu syarikat Carlsberg sendiri mengatakan bahawa mereka ada 200,000 peminum jenis yang dipanggil tegar (berat) - heavy consumers. 200,000 di bawah senarai pelanggan mereka.

Pada tahun 2001, ini 2001 sebab saya tidak dapat data yang terkini. Carslberg berbelanja RM7 juta untuk kempen penjenamaan baru Carslberg untuk menarik generasi muda. Berapa nilai sebenar untuk perbelanjaan nilai promosi tentulah berganda-ganda sekarang. Itu 2001.

Walaupun pengiklanan langsung dalam media elektronik serta billboard diharamkan tidak dibenarkan. Belum nampak lagi media elektronik, belum masuk lagi TV belum naik lagi di billboard kecuali mungkin Sabah dan Sarawak.

Namun pengiklanan dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat sofistikated. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan.

Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan
untuk juga menjual arak, alkohol.

Taglines yang digunakan sangat mengelirukan seperti “Guinness Stout is good for you”, Guinness stout were put you back would put back what day takes out untuk orang-orang buruh ini, dia terpengaruh. Juga menyasarkan golongan pekerja-pekerja buruh dan yang miskin sebenarnya.

Dakwaan yang tidak berasas baik untuk kesihatan, simply full of goodness, Yomeishu yang dipromosikan untuk wanita lepas bersalin mengandungi 14% alkohol. Dom Benedictine mengandungi 40% alkohol, baik untuk kesuburan lelaki. Guinness stout dikatakan baik untuk kesuburan lelaki.

Semua ini sekarang sudah menjadi satu marketing tagline. Mereka sebenarnya menyasarkan – Kalau yang murah disasarkan kepada kaum India yang miskin dengan penajaan teknik-teknik yang diguna dengan menggunakan artis-artis filem Hindi dan sebagainya.

Menyasarkan golongan muda dengan menggalakkan pengambilan dengan kerja amal. Misalnya kalau minum arak dari tin, simpan pembukanya itu maka ini akan digunakan untuk pendidikan IT misalnya.

Semua ini mengarah kepada penggalakan penggunaan pengambilan arak di kalangan golongan muda. Carslberg menjadi penaja utama Maybank, Malaysia Open Golf 2010 baru-baru ini. Pengarah Urusan Carslberg di antara lain mengatakan “We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open.

There was abundant floor of Carlsberg beer through out the day. Kebanyakannya dihadiri oleh orang-orang muda. Inilah yang kita jadi dan kerisauan orang-orang Islam terutamanya.

Tuan Yang di-Pertua saya minta sedikit masa lagi kerana apa yang berlaku sekarang masalah bagi orang Islam. Kita lihat baru-baru ini bagaimana undang-undang syariah itu telah dimomok-momokkan kerana Kartika dihukum sebat.

Sedangkan di dalam undang-undang sivil ia tidak menjadi satu kesalahan, ia bukan satu kesalahan jenayah. Ia sebenarnya dibenarkan. Jadi Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah.

Jadi bagaimanakah harus enakmen syariah ini dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan?

Ia perlu ada penyelarasan di mana enakmen syariah ini diserap masuk ke dalam akta eksais yang menjadikan kesalahan orang-orang Islam minum arak, jual arak dan sebagainya. Kegagalan pelarasan undang-undang inilah yang menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan diketawakan oleh orang-orang bukan Islam. Benda itu pun kita tidak boleh selaras.

Saya harap lepas ini Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada UMNO kata hendak mempertahankan Islam marilah bersama-sama kita pertahankan. Kita minta, desak kerajaan untuk menyelaraskan undang-undang ini.

Orang Islam bukan sahaja tidak boleh minum arak, tetapi tidak boleh terlibat dengan industri arak atau mempunyai saham dalam syarikat arak atau judi. Untuk makluman kita, ‘Boostae dan Richi Monde’, minta maaf ya kalau sebutan saya tidak betul adalah dua pengedar arak terbesar dan ia adalah anak syarikat atau dikaitkan dengan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

Bayangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Bayangkan Lembaga ini ahlinya adalah orang Islam, orang Melayu. Mereka mendapat hasil-hasil dividen daripada jualan pengagihan arak ini.

Saya kadang-kadang terfikir apakah kemelut gejala sosial yang dihadapi orang Melayu juara, nombor satu dalam segala gejala sosial adalah kerana kita ini bersubahat. Pendapatan kita bersubahat dengan perkara-perkara haram.

Sekarang ini pun kalau kita lihat pendapatan yang disatukan dalam negara kita tidak diasingkan apa yang kita panggil ‘sin tax’, cukai dosa. Cukai yang hasilnya daripada judi, cukai yang dihasilkan daripada jualan arak, disatukan dan saya bimbang kita mendapat elaun-elaun, gaji-gaji tuan-tuan, pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Kita semua menerima elaun ini dan kita balik, kita bagi anak-anak kita makan.

Kita sangkakan kita mendapat rezeki yang halal, betul kita tidak curi. Akan tetapi duit ini adalah hasil daripada duit yang subahat. Mungkinkah, saya letak soalan ini kepada alim ulama - mungkin.

Mungkinkah ini yang menyebabkan kenapa orang Melayu, anak-anak Melayu tidak masuk diajar sehinggakan tidak boleh membezakan salah dan betul. Kalau tadi Yang Berhormat Puan Chong Eng mendedahkan ini....

Sedikit sahaja. Mendedahkan ini, jadi kita lihat tanya balik, mungkinkah rezeki kita tidak berkat dan Tuhan telah menyebut dalam firman surah al-Ra’ad, balik tengok, ayat 96 Allah SWT mengatakan, “Sekiranya penduduk sesebuah negara bertakwa dan beriman, maka Allah akan membuka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.” Keberkatan ini kena balik tengok belajar lagi. Akhirnya, kesimpulan, sedikit...

Saya sebenarnya cuma hendak cakap, saya ada 16 saranan yang saya dapat. Bukan sahaja daripada saya, tetapi daripada IKIM, daripada Malaysian Hindu Sangam yang juga menyokong control ataupun pengawalan arak.

Kita tidak berniat untuk mengharamkan daripada orang bukan Islam, tetapi kita perlu mengawal dengan lebih ketat dan perlu menguatkuasakan dengan lebih gigih dan dengan lebih istiqamah lagi.

DetikDaily

www.pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111