" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 22, 2010

Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang

“Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit baru ini dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.

"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,” soal Takiyuddin semasa dihubungi.

Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.

“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,” katanya yang juga peguam.

Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.

“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.

“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pilihan raya menyaksikan pertarungan satu lawan satu itu Zaid akan bertemu dengan calon Barisan Nasional yang mempertaruhkan P. Kamalanathan dari MIC. Detikdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111