Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Pertemuan 'mudah' Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menimbulkan tandatanya samada pertemuan itu atas 'tiket' yang dilobi syarikat berkepentingan Israel-Amerika, APCO Worldwide.
Demikian telahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam membicarakan pertemuan 'mudah' Najib-Obama yang juga mencetus pelbagai spekulasi mengenai keputusan-keputusan Malaysia hasil pertemuan tersebut.
Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan APCO adalah sebuah syarikat perunding yang melobi Malaysia di peringkat antarabangsa seperti yang disebutkan dalam jawapan kerajaan di Dewan Rakyat.
Dalam pertemuan Najib-Obama, terlalu banyak keputusan termasuk dalam isu diplomatik, tenaga nuklear dan peperangan di Afghanistan, Malaysia dilihat bertindak menyokong kepimpinan Obama secara melulu.
Ujar Mahfuz, PAS bersetuju agar percambahan tenaga nuklear untuk senjata disekat, namun dalam kes membabitkan Iran, sekatan hanya dibincangkan ke atas negara yang dipimpin oleh Mahmoud Ahmedinejad itu sahaja.
Sedangkan, Israel yang juga sekutu Amerika tidakpun diusulkan untuk sebarang sekatan ke atas negara haram tersebut, katanya.
"Mengapa tidak Perdana Menteri selaku wakil Malaysia dalam sidang tersebut mengusulkan sekatan ke atas Israel, dan kenapa dalam pertemuan dengan Obama, isu ini tidak disebutkan," soalnya.
Beliau bimbang jika apa yang diputuskan oleh Najib hanyalah sekadar untuk meberikan sokongan dalam agenda White House membenam negara-negara Islam kerana atas isu yang sama, Israel masih bermaharajalela dalam membangunkan nuklearnya.
Mengulas isu yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad pula mengesyaki adanya 'pelobi' yang menemukan Najib dengan Obama kerana dilihat perancangan pertemuan itu begitu mudah.
Kes pelobi Yahudi melobi pertemuan dengan bekas-bekas Presiden Amerika bukan suatu yang baru, kerana sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah berbuat demikian, katanya.
Beliau bimbang jika pertemuan itu juga didalangi oleh APCO yang diketahui mempunyai kepentingan Israel.
Obama dalam pertemuan dengan Najibl mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana meluluskan Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 baru-baru ini.
Obama menyifatkan ia tindakan awal dan amat bermakna yang diambil oleh Malaysia sebagai negara yang mementingkan keamanan sejagat, jelas Najib.
Katanya, melalui akta itu, yang bertujuan membanteras pengedaran apa juga bahan nuklear bagi mengeluarkan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, bermakna tindakan penguatkuasaan dalam hal terbabit menjadi lebih berkesan.
Malah jemputan Obama kepada Malaysia yang bukan pun negara nuklear, bersama-sama 46 lagi ketua kerajaan atau negara ke Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menunjukkan keyakinan AS bahawa Malaysia boleh memainkan peranan mencegah percambahan senjata nuklear khususnya berhubung pembangunan tenaga nuklear oleh Iran.
Sementara itu Dalam kunjungan Najib ke Amerika, sebuah ahkbar juga melaporkan Perdana Menteri telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di Amerika Syarikat pada 15 April 2010, dan dimaklumkan Muhtar Kent ialah pewaris yang menyelamatkan bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Kedua.
Dalam satu l;aporan akhbar utama negara Najib disebut sebagai berkata : ''Dalam kes itu, saya secara peribadi terlibat dalam perbincangan semasa Sidang kemuncak APEC di Singapura November tahun lepas, dan bulan lalu kompleks kilang Coca Cola itu sudah mula dibangunkan."
Bagi AJK PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani kesungguhan Najib memperkukuhkan hubungan dagangan KL-Washington itu terserlah apabila beliau menerima kunjungan peneraju syarikat-syarikat terkemuka AS di hotel kediamannya.
Pertemuan itu bagi Mohd Taufek membuktikan kerajaan membuka laluan dengan mengadakan hubungan yang akrab dengan pihak yang ada kepentingan Israel.
Mereka ialah Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Coca Cola, Mukhtar dan Perdana Menteri berkata, antara usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia ialah menarik lebih banyak pelaburan dari AS dan baru-baru ini Coca Cola sebagai contoh, telah bersetuju melabur RM1 bilion.
Semasa berucap pada majlis anjuran Pusat Pengajian Straegik dan Antarabangsa (CSIS) dan ISIS Malaysia di Washington, beliau menjelaskan bagaimana pelaburan RM1 bilion Coca Cola di Malaysia yang menjadi contoh jelas bahawa iklim pelaburan yang baik masih menunggu pelabur.
Najib memperkukuhkan hubungan dagangan KL-Washington itu terserlah apabila beliau menerima kunjungan peneraju syarikat-syarikat terkemuka AS di hotel kediamannya di Washington 14 April
Mereka ialah Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Coca Cola, Mukhtar Kent, Presiden Penyelesaian Mobiliti Perniagaan Motorola, Gene Delaney, Naib Presiden dan Pengurus Besar Intel Corporation, Brian M. Krzanich, Presiden dan Ketua Eksekutif Conoco Phillips, John A. Carrig dan Naib Presiden Media Operations, Western Digital, Vince Mastropietro. Detikdaily.
No comments:
Post a Comment