" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 30, 2010

UMAR ABDUL AZIZ TIDAK SEPAK ORANG

Maqam Khalifah Umar bin Abdul Aziz di Negara Syria. Ramai tokoh muda PAS yang belajar di sana, antaranya adalah Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat kini.


Sewaktu Umar bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki dalam satu majlis khalayak ramai.

Tindakan lelaki yang mencemuh Khalifah Sulaiman itu tidak disenangi oleh baginda Khalifah, menyebabkan baginda telah mengadakan satu mesyuarat dengan dihadiri oleh para penasihat-penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.

“Apa pandangan kamu sekelian tentang kejadian mencemuh beta yang dilakukan oleh lelaki tadi?” tanya khalifah kepada semua penasihat-penasihat yang hadir.

Sebilangan besar dari mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal, tetapi tidak mendapat respon yang baik oleh Umar bin Abdul Aziz.

Khalifah Sulaiman perasan dengan respon yang tidak baik yang diberikan oleh Umar bin Abdul Aziz itu.

“mengapa kami tidak berbicara wahai umar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?” tanya khalifah dengan nada yang lembut.

Umar menjawab, “Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah SAW” sambil berdiri dan berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat-penasihat Khalifah.

Mendengar jawapan Umar itu, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kekaguman terhadap Omar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan, “kamu wahai Omar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah”


Kalau 'Penasihat Khalifah' sekarang, mesti dia akan kata, "kalau budak wartawan akhbar ************ itu ada depan ana, mesti ana sepak mukanya", bicaranya dalam satu mesyuarat penuh di sebuah pejabat salah sebuah parti di Malaysia.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

ulasan 26 ramd - ust ABC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111