" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, May 6, 2010

Husam cabar Kickdefella dedah nama

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersedia memberi penjelasan kepada dakwaan yang dibuat Kickdefella mengenai penyumbang RM4 juta untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sekiranya namanya disebut secara langsung oleh media berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Negeri berkata, apa yang berlaku kini, laporan yang dibuat hanya memberi bayangan bahawa dirinya terlibat tetapi tidak menyebut namanya.

“Tentukan orang yang terlibat, jika betul saya sebutkan nama, baru kita bercakap, kita pun ada permainan kita,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan lima individu terlibat menyalurkan peruntukkan RM4 juta kepadanya untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap Abdullah serta mengekalkan pentadbiran Pas.

Katanya, senarai tersebut ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, seorang ahli majlis tempatan, pengarang sebuah akhbar pro pembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Dalam pada itu, Husam berkata, adalah perlu pihak berkenaan menjelaskan bukti sebenarnya di sebalik kenyataan bahawa Pas Kelantan pernah melakukan operasi gerak saraf memburukkan Abdullah.

“Buktikan macam mana kita memburukkan Pak Lah? Adakah Pak Lah nyanyuk atau tidur atau kaki ke atas atau ke bawah ke, buktikan, ini tidak ada apa, gembar-gembur sahaja besar, tak ada bukti, siapa nak jawab,” katanya.

Sementara itu, Husam ketika ditanya adakah beliau mengetahui peranan GMC (Global Media Channel) dalam menjalankan operasi gerak saraf tersebut seperti yang didakwa Kickdefella, Husam berkata: “Sebutkan nama saya terlibat, baru saya jawab.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111