" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, November 1, 2010

Ke arah berpolitik kepartian secara matang

Oleh Abu Firdaus

Persekutuan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan. Melalui peruntukan perlembagaan inilah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan untukmengambil bahagian dalam politik supaya dasar-dasarnya dapat dilaksanakan.

Dasar PAS adalah Islam. Sebagai sebuah parti politik yang didaftarkan menurut undang-undang, PAS menerima apa saja keputusan pilihan raya dengan hati terbuka. Itu tidak menjadi masalah.

Walaupun sepanjang sejarah penglibatan PAS dalam pilihan raya, parti ini menjadi mangsa kepada amalan dalam negara yang tidak mencerminkan semangat demokrasi yang dipegang oleh negara. Sejak dari dahulu PAS mengkritik kerajaan kerana tidak mengamalkan semangat demokrasi secara menyeluruh.

Sistem demokrasi Malaysia belum matang dan proses ke arah itu sedang berjalan. Ia banyak kali diuji. Ada kalanya ia berjaya dipertahankan, tetapi pada waktu yang lain sistem ini terhjejas. Ada pemimpin kerajaan dahulu terang-terang tidak berminat untuk melaksanakan demokrasi secara menyeluruh. Sistem ini dihina dengan pelbagai kata iaitu demokrasi ini bukanlah “agama kita”.

Memanglah sistem demokrasi bukanlah “agama kita”. Ini kerana “agama kita” adalah Islam. Demokrasi hanyalah sistem politik yang merupakan hasil ciptaan manusia yang ternyata terbaik setaklat bagi menubuhkan kerajaan rakyat dan mengelak pergaduhan. Islam sebagai agama pula memberi panduan yang menunjukkan bahawa demokrasi bukan saja tidak bercanghgah dengan islam, malah pada waktu ini dituntut untuk dilaksanakan kerana ia merupakan cara terbaik. Perbahasan mengenai demokrasi dan Islam mempunyai tempat tersendiri. Tetapi apa yang mahu ditegaskan di sini ialah demokrasi menyeluruh pada zaman ini adalah dituntut untuk dilaksanakan.

Dalam hal demokrasi, dari awal lagi PAS bukan saja menerimanya tetapi mempertahankannya. Pengasas-pengasas PAS baik dari kalangan bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) mahupun Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin (Hamim) sepakat mahu negara ini melaksanakan sistem demokrasi.

Dalam sistem ini, rakyat bebas memilih parti yang dikehendaki mereka. Tetapi pada waktu yang sama rakyat juga bebas untuk mendapatkan penerangan daripada parti-parti politik, sama ada melalui akhbar atau ceramah. Sebarang usaha menyekat penerangan daripada parti politik adalah tindakan menjejaskan demokrasi. Dalam hal ini dari awal lagi demokrasi dijejaskan di negara ini.

Semua parti politik adalah setaraf dalam demokrasi. Mereka mempunyai hak untuk bertanding dalam pilihan raya dan dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan. Justeru rakyat dan juga semua parti politik mesti berlapang dada dalam melihat mana-mana parti politik yang menang dan membentuk kerajaan.

Tetapi inilah sekarang yang dihadapi oleh negara. Umno dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat menerima bahawa mereka bukanlah kerajaan mutlakj. Mereka hanyalah sebuah parti politik atau gabungan parti-parti yang diberi mandate oleh rakyat untuk memerintah. Ada masa mereka boleh hilang kuasa, pada waktu lain pula mereka akan dapat balik kuasa. Itu adalah terpulang kepada rakyat.

Jika dilihat di negara-negara Barat di mana demokrasinya matang, menang dan kalah adalah dianggap suatau perkara biasa dan dapat diterima. Negara bukan milik mana-mana parti politik. Kerajaan dibentuk adalah atas mandat rakyat untuk tempoh waktu tertentu saja.

Apabila sesebuah parti politik yang memerintah berasa bahawa kerajaan dan negara milik mereka secara eksklusif, maka mereka akan menggunakan pelbagai cara di luar semangat demokrasi untuk mempertahankan kekuasaan mereka. Maka dilihat dalam sejarah politik negara ini, terdapat banyak cara dilakukan bagi menghalang parti lain daripada memerintah dan mentadbir negara.

Antara tekanan awal yang PAS rasa ialah lambangnya berbentuk bulan sabit dan bintang berbucu lima berlatarkan warna hijau dihalang daripada digunakan. Tidakkah langkah itu merupakan kongkongan kepada parti politik untuk mempunyai lambang pilihannya sendiri. Kerajaan pimpinan Umno pada masa itu berhujah bahawa lambang seumpama itu boleh mengelirukan rakyat kerana ia adalah juga lambang agama Islam.

PAS hanya akur saja. Tetapi tekanan paling besar adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan. Bagi pihak Umno yang memagang kuasa tentulah menganggap perkara itu adalah biasa, ringan dan kecil. Sebab i8tulah mereka tidak berasa apa-apa apabila menghadapi keadaan terdesak dan mengahjak PAS untuk rundingan bagi menubuhkan kerajaan perpaduan.

Tetapi bagi pihak yang merasa tentulah pedih menanggung ISA dan Akta Penerbitan. Bagaimana orang kehilangan kebebasan dan hilang mata pencarian keerana akta-akat itu. PAS yang menjadi mangsa. Tetapi umumnya PAS bersabar dan tidaklah mengambil jalan menolak sistem demokrasi. Atas sikap PAS inilah demokrasi terus berjalan walaupun secara tempang.

Di bawah kepimpinan ulama yang dipersepsikan oleh banyak piohak sebagai radikal berbading zaman Asri, tetapi hakikatnya PAS memainkan politik yang matang. Ia mudah untuk bekerjasama dengan bukan Islam melalui Majlis Perundingan Cina (CCC) dahulu, kemudian menyertai Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif yang pasda mulanya ada DAP, dan kini dalam Pakatan Rakyat.

Sememangnya dasar Islam yang dipegang PAS adalah bersifat matang. Apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan kepada negara, tidak ada masalah bagi PAS untuk bekerjasama. Hatta kerajaan perpaduan pun. Tetapi tentunya ada pertimbangan politik dan siayah syariah dalam hal ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111