" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, May 2, 2010

Pengawal Istana Kelantan Ditembak

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan di pejabat Sultan Kelantan ditembak di dada oleh dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada jam 12.25 malam semalam di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, mangsa, Ramli Mohd, 50, kini kritikal dan menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa Ramli dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat waktu bertugas di Istana Negeri pada tengah malam.

“Mangsa ditembak dari jarak dekat di dada dan peluru masih berada dalam badan mangsa.

“Ramli bertugas sebagai pengawal istana sejak 17 tahun lalu, dan bertanggungjawab mengawal keselamatan keluarga DiRaja serta membantu tugas-tugas pengawal peribadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui HRPZ II, di sini.

Turut berada di hospital tersebut ialah ibu mangsa, Bidah Jusoh,70, isterinya, Maznah Mustafa, 50, serta lima anak mangsa.

Anak bongsu Ramli, Mohd Faris, 18, berkata, kejadian itu berlaku tiga kilometer daripada rumahnya.

“Menurut ayah, suspek melepaskan dua das tembakan selepas memotong motosikal yang ditungganginya sebelum membuat pusingan U dan melepaskan dua das lagi tembakan,” katanya yang dapat bercakap dengan bapanya di wad ICU.

Sementara itu, isterinya, Maznah ketika ditanya tidak dapat memberikan sebarang penjelasan kerana masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.

Mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Pinang mempunyai lima anak dan pernah berkhidmat selama 15 tahun sebagai tentera .

Sementara itu, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bertitah meminta Ketua Polis Kelantan memberi tumpuan untuk menyiasat segera kes ini secara terperinci dan menyeluruh.

(Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111