" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, May 20, 2010

Poligami: Kumpulan Wanita mahu Bung Moktar letak jawatan MP

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Persamaan Jantina (JAG) akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri mendesak agar mengambil tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mengaku berpoligami tanpa kebenaran akhir tahun lalu.

Selain itu Bung Moktar juga diminta melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat bagi menunjukkan teladan positif kepada masyarakat umum.

Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata, tindakan perlu diambil kerana berpoligami tanpa kebenaran merupakan satu isu serius kepada masyarakat terutamanya wanita.

“Kita akan hantar surat bantahan kepada Perdana Menteri dan kita mahu tindakan diambil kepada beliau (Bung Moktar).

“Selain itu, kita juga akan menghantar surat yang sama kepada semua Ahli parlimen supaya mereka tidak melakukan perkara yang sama.

“Tindakan Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran juga seolah-olah tidak menghormati wanita,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam kira-kira 25 ahli JAG telah berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat i bagi mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana telah memberikan contoh buruk kepada masyarakat selain mencemarkan imej wakil rakyat.

Beliau berkata JAG juga mahu Bung Mokhtar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana melanggar undang-undang berpoligami tanpa kebenaran.

“Kita mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana telah melanggar undang-undang.

“Adakah beliau tidak tahu tentang undang-undang berpoligami?

“Adakah ini imej yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat? Jadi lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Hari ini Bung Moktar dan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berhubung tuduhan melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah.

Pada 20 April lalu, Bung Moktar, 51, dan Zizie Izette, 31, mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah hujung tahun lepas.

Bung Moktar dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isterinya di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan itu, pasangan tersebut didakwa mengikut Seksyen 124 dan Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Maria yang juga Pengarah Eksekutif Empower berkata sebagai seorang pemimpin Bung Moktar tidak sepatutnya melanggar undang-undang syariah yang ditetapkan.

“Sebagai seorang pemimpin adakah beliau boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang yang ditetapkan?

“Beliau bukan orang kebanyakan, jadi tindakan beliau ini akan mencemarkan imej pemimpin di negara ini,” katanya.M/Insider

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111