Oleh Drs. Khalil Idham Lim
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.
Presiden Umno menegaskan selepas bersama-sama dengan kepimpinan Umno berhimpun untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan membacakan surah Yasin, tahlil dan membaca doa selamat kepada pejuang-pejuang parti malam tadi.
Sebenarnya UMNO telahpun menjadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan satu masa dulu di Perak. Ucapan najib diatas semacam dia ingin menuntup kelemahan dan realiti yang sebenarnya berlaku.
Secara umunya UMNO telahpun berkubur sejak Piliharaya Umum ke 12 pada tahun 2008. Sejak dari itu kita menyaksikan negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat telah dapat menunaikan amanah yang lebih baik kepada rakyat di negeri yang dimenangi. Apa yang UMNO dan BN lakukan sejak kemerdekaan dapat kita tunaikan, namun yang memeningkan kepala UMNO ialah kita melakukan apa yang mereka tidak pernah lakukan.
Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan parti LDP di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.
Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.
"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.
Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.
Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.
"Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat," katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.
Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan 'special interest group' daripada kepentingan rakyat jelata.
"Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.
Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.
"(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status qou. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.
"Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain," katanya
Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.
Namun apa yang saya rasakan UMNO tidak mampu untuk berubah walaupun mulut mereka manis berkata-kata untuk berubah. Demikianlah bila mereka kalah teruk dalam pilihyanraya, lalu mereka bercakap kepada ahli dan rakyat untuk berubah.
Sesungguhnya pemimpin UMNO yang ada sekarang akan meneruskan apa yang disifatkan oleh Najib sebagaimana kelemahan LDP di Jepun. Mereka tidak akan dan mudah berubah seperti yang boleh dilakukan oleh orang Jepun.
Sudah lama kita mengikuti pelbagai berita mengenai kesugguhan pemimpin Jepun yang sangup meletakkan jawatan demi kepentingan parti bukannya jawatan. Adakah ini boleh dilakukan oleh pemimpin UMNO ? yang kita lihat cuma kesanggupan Dato Zaid Ibrahim yang meletakan jawatan, dan itulah satu-satunya, namun orang sepertinya ditolak oleh Melayu di Hulu Selangor.
Februari 2009, Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa meletakkan jawatan selepas beliau gagal menafikan mabuk ketika menghadiri satu sidang akhbar Kumpulan Tujuh (G7). Nakagawa meletakkan jawatang walaupun sebelum itu Perdana Menteri meminta beliau terus memegang jawatan.
Ketika sidang G7 diadakan di Rom , suara Nakagawa tidak dapat didengar dengan jelas sehingga pada satu masa beliau turut tertidur akibat terlalu mabuk. Alasan Nakagawa memberi penjelasan keadaan itu berlaku kerana beliau hanya meminum sedikit arak dan ubat selesema sebelum sidang akhbar itu bermula, namun ditolak oleh rakyat.
Dia meletakkan jawatan dengan memohon maaf secara terbuka kerana tindakannya yang telah memalukan negaranya. Persoalannya apakah ini boleh dilakukan oleh pemnimpin UMNO dalam tempoh akan datang ? saya yakin UMNO akan terus dengan sikap hipokritnya yang kononnya ingin berubah namun terus menipu rakyat untuk terus berkuasa.
Semuga rakyat yang sudah matang dengan politik dan penipuan UMNO ini akan menolak UMNO dalam usianya yang sudah cukup tua sempena 64 tahun penubuhannya. Semuga ucapan Najib diatas adalah persiapan akhir UMNO untuk menjadi pembangkang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment