Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa satu gerakan baru yang dipercayai ditubuhkan Pemuda UMNO bagi menentang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada terus memerintah Kerajaan Negeri.
Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim berkata, beliau memperoleh maklumat itu daripada rakan UMNO yang menyatakan berhubung gerakan itu.
Zulkifli mendakwa gerakan yang dinamakan Gerakan Anti Zambry (GAZ) itu ditubuhkan sepertimana Pemuda MIC menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS) yang mendesak supaya Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu melepaskan jawatan.
“GAZ ditubuhkan atas dasar tidak puas hati Pemuda UMNO ke atas kepimpinan yang sedia ada,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, masyarakat Orang Asli juga sudah mula hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sikap pemimpinnya yang mudah lupa janji.
“Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli di Perak sepertimana dijanjikan sebelum ini.
“Antara masalah belum diselesaikan termasuk isu tanah, kebajikan diabaikan dan pembangunan masyarakat itu belum dilaksanakan,” katanya.
Beliau mendakwa, atas dasar tidak puas hati, Orang Asli mula sedar dan beralih sokongan kepada PKR yang lebih prihatin di atas masalah dihadapi.
“Oleh itu, tidak mustahil masyarakat Orang Asli menyertai PKR dan jumlah ahli dalam kalangan masyarakat terbabit meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

No comments:
Post a Comment