Oleh Zaid Ibrahim
Wakil Rakyat sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan Kerajaan.Itulah tugas dan tanggungjawab yang se patutnya dipikul oleh saorang Yang Berhormat. Lebih lebih lagi kalau kita itu Wakil rakyat Bebas” yang bagitu di gemari oleh PM Najib Tun Razak.
Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak surohan semata mata, dan tidak ada modal bernas untok diketengahkan dalam Dewan.
Jadi saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kapada YB Bayan Baru ini. Dia sudah semacam menjadi wakil Special Branch bangga dengan pendedahan nya yang saya dudok di Hotel Britannia sama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu.
Dia kata MACC kena siasat petemuan ini. Inilah kerja Wakil Rakyat pro BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. kalau dia tanya saya saya akan beritahu lebih dari itu. Jumpa Raja Petra tidak salah wahai YB.
YB pun boleh karumahnya di Manchester.
Raja Petra dan isterinya Marina kawan saya . Saya tak tinggal kan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ka London, saya jumpa mereka.
Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford ; dia minat kapada Manchester United. Jadi saya belanja lah lah dia. Itulah sadikit hiburan bagi nya yang terpaksa meninggal tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuangan saperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham.
Memang dia booking Hotel itu untok saya , tapi tak benar dia tinggal disitu kerana rumah mereka hanya 15 min dari situ.
Hotel yang saya menginap itu pun 3 star , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ka Washington. Maklumlah saya bayar sendiri. Mingu depan saya akan ka London dan inshaaallah akan bertemu Marina dan Petra.
Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau MACC mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertermu Bala kalau MACC tidak mahu bertemu dengan nya. — myzaidibrahim.wordpress.com
* Datuk Zaid Ibrahim ialah ahli PKR dan mantan Menteri Malaysia
No comments:
Post a Comment