" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 9, 2010

Langkah bijak PAS tolak ajakan "perpaduan" Umno

Oleh Intan Abdullah

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

KUALA LUMPUR: Kegagalan Umno dalam menyatukan orang Melayu di negara ini menjadi alasan utama mereka kini terpaksa mencari talian hayat dengan memujuk PAS untuk bersatu dengan mereka. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata sejak lebih 50 tahun lalu rakyat telah memberikan peluang kepada Umno-BN untuk memerintah.

"Hakikatnya apa yang kita lihat sekarang ini ialah mereka tidak berjaya menyatukan rakyat bahkan Umno sendiri pun berpecah-belah," ujarnya kepada Harakah.

Mengulas tentang kemasukan Umno ke dalam PAS, beliau menegaskan ianya boleh berlaku sekiranya parti kebangsaan itu menukar dasar perjuangan serta menerima prinsip yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat.

"Mereka kena bersedia untuk meneruskan perjuangan dengan dasar Islam, kalau Umno hendak bersama, kita mengalu-alukan iaitu masuk ke dalam Pakatan Rakyat dan PAS iaitu bersedia untuk menukar dasar mereka," katanya.

BUATKAN MEREKA INSAF

Beliau turut menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan memberikan hujah bahawa penolakan perpaduan bersama Umno itu adalah sebagai suatu cara bagi membuatkan mereka insaf.

"Saya sokong kenyataan Tuan Guru Presiden kerana kita bukan sombong tetapi kita mahu Umno insaf," tegasnya.

Tambahnya, PAS sentiasa bersedia untuk menggantikan Umno bagi membela bukan sahaja nasib orang Melayu bahkan seluruh kaum di negara ini.

"PAS akan mengambil tempat Umno sekaligus membela nasib Melayu-Islam serta memberi keadilan kepada semua rakyat negara ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Umno dipercayai membuat lamaran perpaduan dengan PAS kerana meyakini PAS sebagai sebuah parti yang kuat untuk mereka berpaut bagi menyelamatkan diri.

"Umno kini berada dalam keadaan defensif dengan masalah dan tekanan daripada dalaman serta luaran," demikian ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi.

Jelasnya, sebenarnya Umno kini terdesak bukanlah untuk menyelamatkan kepentingan parti tersebut sebaliknya ia bermotif untuk mempertahankan politik pemimpin tertentu.

KIAN REPUT

"Mereka perlukan kepada tonggak untuk menguatkan BN semakin tertekan apabila parti komponen MCA dan MIC yang kian reput dalam BN, seperti tongkat yang hendak patah.

"Ini menyebabkan Umno terpaksa berdiri seorang diri untuk menampung BN," katanya.

Kemudian ujarnya, mereka melihat PAS sebagai parti Melayu yang paling kuat di negara ini.

"Dan timbullah idea iaitu inilah masa yang terbaik untuk menyelamatkan diri dengan berbaik-baik dengan PAS," ujarnya.

Beliau turut berkata hujah penolakan kerjasama dan perpaduan tersebut adalah berdasarkan pengalaman sejarah lanskap politik bersama parti itu yang memperlihatkan PAS diketepikan dan dikhianati.

"Kita tolak Umno bukan ego tetapi pengalaman kita selepas dikhianati dan diketepikan sekaligus menunjukkan kepada kita siapa Umno yang sebenarnya.

"Sekarang PAS telah ada komitmen dengan PKR serta DAP dan wujud persefahaman untuk membangunkan negara pada masa akan datang," tegasnya.

APA MATLAMAT PENYATUAN?

Azman turut mempertikaikan keikhlasan Umno untuk membela hak orang Melayu-Islam yang hanya mengajak PAS untuk bersatu sebaliknya tidak mengundang KeADILan untuk turut serta.

"Apa matlamat utama untuk bersatu? Kenapa tidak perlukan PKR dan hanya mengambil PAS sahaja kalau betul ianya bertujuan untuk menyatukan Melayu?" ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau menempelak hujah dan motif perpaduan Umno yang kononnya untuk kepentingan rakyat.

"Bangsa lain dan bukan Islam juga mempunyai hak di negara ini.

"Saya yakin inilah sebabnya Presiden berhujah untuk tolak Umno kerana sikap mereka yang tidak berubah," tegasnya lagi.

Bagi Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, usaha perpaduan Umno hanyalah sebuah gimik politik semata-mata.

Menurutnya sepanjang lebih 50 tahun Umno memerintah negara ini, tiada sumbangan yang lebih 'bermakna dan berharga' daripada menyaksikan golongan wanita berada dalam keadaan terus dieksploitasi serta keruntuhan institusi keluarga yang menjejaskan pembangunan rakyat yang sihat dan baik.

"Peranan wanita seharusnya diperkasakan kerana mereka adalah tonggak keluarga sekaligus tiang seri negara namun kini segalanya musnah dengan kegawatan sosial apabila negara kini meletakkan tanda amaran merah kepada keadaan sosial masyarakat," katanya.

MEMBAWA MAUT

Tegasnya, ia adalah umpama penyakit yang lebih teruk daripada AIDS yang boleh membawa maut.

"Ia bukan sahaja penyakit yang busuk hingga ke usus tetapi ianya telah sampai ke bahagian kaki - lebih teruk daripada AIDS.

"Inilah akibat meninggalkan Islam sebagar dasar untuk dipraktikkan dalam kehidupan atau suatu cara hidup," tegasnya.

Beliau yang juga ahli parlimen Rantau Panjang meminta agar rakyat bertindak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang untuk kebaikan masa depan generasi dan negara ini.

"Rakyat kena muhasabahkan dan buat post mortem atas apa yang telah dilakukan Umno-BN ke atas kerosakan rakyat dan kemusnahan negara," ujarnya.

Menyokong kenyataan Presiden, Siti Zailah percaya tindakan Umno mahu berbaik dengan PAS hanya mahu menangguk di air keruh.

"Kita berjuang atas dasar akidah Islam dan ianya berbeza dengan Umno, kita tidak akan berkompromi dengan apa jua yang bercanggah," katanya lagi.

Umno ujarnya jelas tidak mampu untuk menjalinkan kerjasama yang baik apabila tidak memberikan hak dalam hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

HAK ROYALTI DINAFI

"PAS yang memerintah 20 tahun di Kelantan telah dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini.

"Mana hak rakyat Kelantan? Kami tidak percaya. Inikan pula hendak bekerjasama dengan parti, kami tidak akan tertipu lagi," tegasnya lagi.

PAS katanya tidak menentang Umno berdasarkan nama tetapi dasar dan perlaksanaan yang jelas tidak Islam serta menekan rakyat.

"Mereka halang kita laksanakan undang-undang Islam di Kelantan dan menyekat royalti minyak hak rakyat - ini semua disebabkan dendam politik !

"Semua ini bukti bahawa Umno tidak ikhlas untuk memperjuangkan Islam," ujarnya lagi.

Turut sama menyokong gagasan Ustaz Hadi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw yang mendakwa Umno hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan politik pemimpin Umno.

BATU LONCATAN

"Jangan gunakan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan Umno dan saya rasa mereka hendak berbaik-baik dengan PAS bukan sebab Umno tetapi mengukuhkan pengaruh pemimpin mereka," katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan PAS tidak perlu berbuat begitu bagi memastikan sokongan rakyat terus kekal.

Bagaimanapun, Hu percaya niat sebenar Umno untuk bersatu dengan PAS adalah bukti keadaan mereka yang telah buntu.

"Umno berniat untuk bermuzakarah atau bersatu dengan PAS membuktikan mereka telah menemui jalan buntu dan ingin mencari jalan keluar," ujarnya.

Hujahnya, hal ini kerana mereka melihat PAS semakin kuat sehingga mampu mewujudkan DHPP sehingga semua kaum boleh duduk bersama bagi membincangkan masalah serta masa depan negara.

"Apa yang Umno buat kepada Malaysia? Mereka telah habis modal untuk mendapatkan sokongan," katanya lagi.

Beliau memuji keputusan yang diambil PAS untuk menolak ajakan Umno itu.

PUJI KEPUTUSAN

"Ia satu keputusan yang bijak," katanya lagi.

Apapun, beliau berkata Umno perlu menggugurkan prinsip perjuangan mereka yang hanya mementingkan kaum Melayu jika ingin bersatu dengan PAS.

"Kalau betul-betul hendak bersatu, mereka perlu menggugurkan prinsip mempertahankan orang Melayu sahaja sebab ianya sangat sempit.

"Sebaliknya kalau pertahankan Islam, ianya lebih global dan skopnya lebih luas," ujarnya lagi.

Hu berkata Islam sebagai dasar perjuangan dilihat lebih relevan dengan keperluan rakyat di negara-negara lain.

"Mana-mana tempat di dunia melihat Islam yang sesuai untuk semua tempat dan orang tetapi ideologi seperti yang dibawa Umno tidak laku.

"Kepada Umno, mereka kena buat reformasi dalaman dan jaga rumahtangga sendiri dulu (sebelum mengajak PAS bersatu) kerana orang PAS lebih bijak," tegasnya.

Beliau berharap agar Umno mencontohi PAS dalam menetapkan dasar perjuangan.

"Harap apa yang diperjuangkan oleh PAS dapat dicontohi Umno," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111